ahli syurga, insyaAllah :)

Friday 18 May 2012

Ustaz Azhar Idrus ( dakwahnya mudah difahami )

بسم الله الرحمن الرحيم
Okee, siapa yg tidak kenal kan. ustaz fenomena. Beliau merupakan pendakwah dan penceramah bebas yg cukup diminati ramai. hee. dilahirkan pada 12 Februari 1964 dan sekarang suda berumur 48 Tahun. beliau berasal dari  Kuala Terengganu, Terengganu. sukakan fotografi, pernah jadi guru muzik. hee ( jangan sampai jadi najis, hahaha ) pernah bekerja d Utusan Malaysia dan letak jawatan sebab mahu fokus untuk belajar agama pada tahun 1990 selama 12 tahun dgn 8 orang guru agama. wahhh.




Mcmna aku tahu? aku google jea, hehe. Tp aku tidak google saja2, aku search utk diri sendiri dan kita semua dpt jadikan contoh dlm mencari ilmu akhirat. Beliau seorang yg sgt rendah diri, kata2 yg keluar dari mulutnya ibarat mutiara, dijadikan quotes oleh semua peminatnya, mcm aku ne. hehe. Ucapan Ustaz Azhar Idrus bukan sekadar untuk di 'quote' dengan bangga; tetapi untuk berbangga mengamalkannya dengan ikhlas.
Yeayy. Mmg itulaa yg sepatutnya kan.

UIA cukup mengingatkan aku dgn Ustaz Mohd d SMHT, haha. Ustaz yg lucu2, bila di tujukan soalan, jawapan yg d bagi bukanlah dalil2 atau ayat2 alQuran. Bukan membelakangkan alQuran dan dalil tp mereka cukup memahami jawapan yg remaja ingin dgr, dgn ayat yg mudah difahami. Contoh :

S: Apakah cara untuk dapat isteri solehah?
Ust: Asyik nak isteri solehah je. Kamu tu kena jadi soleh dulu, faham? Diapun nak suami yg soleh.
( jwpn ne sbnrnya ada dlm ayat alQuran yg menyatakan lelaki baik utk perempuan yg baik dan sebaliknya, lebih kurang mcm tu kann )

S: Bolehkah tepon awek utk kejut dia solat subuh.
Ust: Kang lebih senang mu set alarm mu, dia set alarm dia. Pilih jln terbaik, elak fitnah.
( elak fitnah, mgkin si penerima jwpn akan rasa terkilan sbb dia sbnrnya ingin tepon awek dia tp dgn jwpn ne mgkin dia akan usaha utk elak fitnah, wallahu’alam )

Soalan: Bolehkah pergi kenduri yg kita tak dijemput?
Ust: Boleh, tapi pegi tengok org makan shj mcm org bodo, kamu tak boleh makan. Haram.
( hahaha. Hukumnya haram tp klu mau pegi tiada yg larang pun , ust byk guna perkataan “bodo ‘ dlm memberi jwpn tp belum ada yg pertikaikan sbb semua org tidak kisah, mereka termasuk la aku masih ‘bodo’ dan ingin menjadi ‘pandai’. Hehe )
S: Camne nak lupakan kekasih?
Ust: Itulah gatal sangat, kan Islam larang bercouple, haram. Antara caranya, banyakkan zikrullah & bersyukur.
( couple kan haram dlm Islam. Jd, buat la yg halal – tersirat tu mksud zikir, hehe )

S: Nape takleh solat tahyat masjid di surau, rugilah aku sbb aku kerja di surau!!
Ust: Ehh marah aku pulak! Dah mmg takde tahyat surau. LoL.
( tak perlu lah pertikaikan apa yg telah ditetapkan oleh Allah SWT kannn )

# Okee, sebab itulah ramai yg minat dgn UIA kann.


Di sini, saya ingin kongsikan quotes2 yg keluar dari mulut beliau. Sharing is caring kannn ~ hehe. Semoga kita dpt manfaatkan.

Kalau sudah tak boleh bersabar, pergi ambil wudhuk. InsyaAllah dengan berwudhuk, hati boleh tenang
Pahala yg diterima oleh mrk yg mnyebarkn ilmu brkekaln hngga ke akhirat slagi mnusia mndpt mnfaat drpd ilmu yg dismpaikn itu.

Mati bukannya jauh sgt pun dari kita, hanya sedikit umur yg masih ada inilh kita gunakn utk bantu agama Allah

Kita ni mengaji dalam-dalam tak nak tapi nak pertikai hukum yang remeh-temeh.

Wanita yg solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yg soleh. Sbb apa? Sbb wanita yg solehah sukar ditemui

Seorang yang bertudung tidak semestinya baik tetapi seorang yang baik pasti akan bertudung.

Dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas kerana Nya

Semua dosa yg tlh diampunkn Allah tak lagi dihisab diakhirat nnti. Utk dapatkn keampunn Allah brtaubatlh byk-byk.

Mengadu kat Allah lebih baik daripada mengadu kat Facebook
Siapa yg anjurkan benda2 hiburan yg melalaikan adalah bodo. Yg tukang sokong, tukang like dan sebagainya 4 kali bodo

Merdeka yang sebenar ialah bebas melaksanakan perintah Allah SWT di muka bumi ini.

Kejap pakai tudung, kejap pecat tudung. Ingat masuk neraka boleh kejap-kejap ke?

"Assalamualaikum. Hai cik adik leh kenal? Tak jawab dosa tau!" Makruh jawab salam ini sebab boleh membawa kepada fitnah

Carilah harta sebanyak mana pun tapi jangan jual agama. Sampai masa solat kita solat, jangan kejar dunia semata-mata.

Bila kita belajar bab agama kita akan selamat dunia dan akhirat.

Boleh buat ayat quran jadikn ringtone tapi jgn bunyikn dlm tandas dan jgn matikn ringtone mlainkn pnghujung ayat

Org yg brzikir kpd Allah dgn org yg tidak brzikir kpd Allah adalah seperti prbandingn antara org hidup dgn org mati

Di akhirat nanti segala perbuatan kita semasa di dunia akan ditayang semula oleh Allah dihadapan khalayak ramai

Main daun terup walaupun tak judi ianya tetap haram sebab ia adalah alat utk berjudi dan benda yg dilaknat.

Tgk kat stadium berapa ribu org boleh pergi itu pun bertiket. Tgk kat masjid berapa puluh org pergi itu pun percuma.

Hati berzikir tapi mulut tidak berkata-kata lebih baik dari mulut berkata-kata tapi hati tidak berzikir.

Jangan buat wanita jatuh cinta kalau kamu tak cintakan dia.

Bila kamu merasa seronok kerana berbuat dosa maka keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan terus kekal.
Sehina-hina babi dia tak masuk neraka. Tapi orang yang tak solat confirm masuk neraka saqar.

Nak cari orang yang tak solat tak perlu cari jauh-jauh, cari dalam keluarga kita pun dah jumpa.

Azan bukan hanya bila masuk waktu solat atau bila takut hantu. Ketika kebakaran, jika dilaungkan azan, InsyaAllah api akan kurang maraknya.

Bila tjumpa hantu, halau dgn doa ini, "Al'anuka bilaknatillah". Jika lupa, boleh azan dgn kuat. Kalau hantu tak lari juga, itu hantu mabuk.

Sekarang ramai peminat filem hantu. Nabi suruh minta jauh dari hantu, tp ramai pula sanggup bayar tiket filem hantu bodo, jadi mcm org bodo.

Sekadar bertudung tetapi masih memakai seluar ketat, pusat terjelir dan masih menampakkan 'lurah dendam', itu bukan menutup aurat namanya.

Isteri sepatutnya jadi macam 'super model' untuk suami. Depan suami berjalanlah gaya 'catwalk', tapi yg ramainya jalan mcm 'elephant walk'.

Boleh peluk awek, hanya dlm keadaan darurat seperti untuk selamatkan dia yg sedang lemas. Tapi janganlah peluk dia sampai terus lemas pulak.

Kita rajin check virus PC, tapi tak rajin check virus hati; Kita kerap upgrade CPU di kedai; tapi tak upgrade dada kita dgn ilmu di masjid.

Selagi kamu panggil seseorang itu pakwê, makwê, bopreng, gêpreng, balak, awek, atau seumpamanya, maka masih haram kamu sentuh dia. Ingat tu!

Jangan cakap besar bila berhadapan dgn awek seksi kerana Ustaz Azhar pun mengaku tersasul baca doa iftitah bila nak baca talqin mayat.

Tidak wajib jawab salam malas 'semekom' sebab takde makne; kalau nak jawab juga, ucap 'komlam'; Itupun takde makna. Baru la kamu jadi 2x5.

Belajar ugama ialah dengan mendengar kuliyah ustaz di masjid, bukan dengan mendengar talqin ustaz bila dah masuk dalam kubur.

Terlalu cinta kpd kekasih, akan menjadi hamba kpd kekasih; Tetapi jika terlalu cinta kpd Allah, maka akan menjadi hamba Allah.

Sambut suami pulang dgn baju nipis yg nampak kulit, ok utk pasangan muda; tapi kalau nenek, takut atuk komen "nape tak iron dulu, kedut la".
Tabung masjid itu untuk di isi, bukan untuk dilihat, apatah lagi untuk dibawa lari.

Orang yang tidak solat ada juga pergi ke masjid semasa hayatnya, iaitu apabila hendak menggunakan tandas masjid. Sungguh muka tak malu.

Bila nak buat maksiat, kita akan ingat '..Yang Maha Penyayang', tetapi buat lupa '..Bahawasanya Allah Maha Keras SeksaNya (al-Baqarah 196)'.

Matanya menggoda, dadanya bulat, kulitnya putih memancar, sentiasa dara, manja & rindu kpd suami - Bio bidadari dari sumber Quran & Hadis.

Jika lelaki mendapat bidadari; wanita pula akan menjadi 'permaisuri agung' kepada suaminya di syurga. Tiada lagi perasaan cemburu atau jeles

Untuk mendapatkan bidadari, kenalah kuatkan iman, baiki akhlak, dan tambah amal ibadat kepada Allah SWT sebab itulah cara melamarnya.

Bidadari itu semakin dipandang, semakin cantik. Begitulah sehingga berjuta-juta tahun sekalipun. Inilah yang sepatutnya kita kejar.

Rasulullah SAW dilantik oleh ALLAH SWT, bukan melalui pilihanraya atau dengan cara bilang berapa orang yang angkat tangan.

Takbir Allahuakbar dgn kuat, harimau akan lari. Tp jgn cari pasal pegi cari harimau kerana silap haribulan dia takbir dulu, kena ngap pulak.

Isteri sebenarnya jawatan dia 10 dlm 1 bila ada di rumah dgn suami, iaitu pramugari, sekritari, housekeeper, dll. termasuk GRO Firstclass!

Seorg isteri yg cemburu mengadu kpd Hakim, "Suami curang, bila saya tepon, ada awek jawab 'Please leave your voice message after the tone'."

Tidak solat itu bukan Islam, kerana solat itu rukun Islam; Sama seperti solat tidak sujud itu bukan solat, kerana sujud itu rukun solat.

Bidadari syurga bukan untuk kelaki hensem yang kuat tenaganya, tetapi untuk lelaki yang hensem akhlaknya serta kuat imannya.

Ber-karaoke janganlah sampai jadi 'kera ok'. Bermain muzik janganlah sampai jadi najis.

Nafsu kata awek itu cantik & kaya; Akal kata awek itu pintar; hati bisik yg awek itu berakhlak & beragama. Maka, utamakanlah bisikan hati.

Ada orang yg malam ini merupakan malam pertamanya di alam barzakh; kita yg belum ini, eloklah dijadikan malam ini malam untuk ke masjid...

Agak2nya syurga mana yang kamu 'hendak' masuk jika solat tidak cukup 5 waktu, kuliyah ugama tidak diendah, alQuran tidak dibaca & diamalkan.

Semua jenis judi dosa besar. Jangan anggap pertaruhan walaupun RM0.10 (10¢) itu judi kecil. Dosanya tetap besar walaupun itu judi cap ayam.

Yang lebih haknya ke atas wanita ialah suaminya; dan yang lebih haknya ke atas lelaki pula ialah ibunya, dan bukan 'queen' nya. ( isteri )

p/s : saya sangat menyukai dakwah beliau :) saya pasti anda juga sama kan kan. Alhamdulillah. semoga dakwah beliau mampu membuka pintu hati utk bertaubat. aminn ya Rabb

this is song for you, Ust Azhar Idrus. hehe

 

No comments:

Post a Comment