ahli syurga, insyaAllah :)

Monday 25 June 2012

Cinta di Jalan Allah SWT :')

بسم الله الرحمن الرحيم


Malam ini ku rasakan teramat dingin.
Sejuk dilambai semilir angin cinta yang membuai hati dan perasaanku.
Tentu mereka yang sedang menarik beg dengan kepayahan yang amat di tubuh dan wajah sedang merasainya juga.
Sungguh menatap wajah mereka terakhir kali di tanah subur ini mengulum rindu yang bakal dirasai oleh jiwaku ini.
Inikah dia cinta di atas jalanMu Ya Allah?


Adikku,
Sungguh indah memori kita bersama sepanjang perjalanan kita bersama meniti hari-hari penuh cabaran namun tentu menggembirakan hati kita.
Dan setiap kali aku melihat wajahmu, qaidah sulbah, liqa kiter serta anak binaan mereka, aku melihat kamu semua sudah menjadi wanita, al-ukht yang teramat dewasa dan matang (..dan tentu anggun di pandang mata).
Seperti mana adik-adikmu mengkagumimu, begitu juga aku.
Dan aku bersyukur Allah menemukan kita, dalam detik-detik yang telah disusun atur oleh-Nya. Alhamdulillah ya Rabb.
Entah tulisanku menggambarkan perasaan yang aku ada sekarang..
Namun teringatku pada sebuah ayat yang kita baca bersama di satu pagi :
Muhammad itu adalah rasul Allah. Orang yang bersama dengannya adalah keras dengan orang kafir dan amat berkasih sayang sesama mereka.
Dan aku terfikir, adakah ini nikmatnya berada di atas ruh ini. Ruh yang mengimpikan satu matlamat yang sama, iaitu kita sama-sama nak masuk syurga Allah dan dapat redha Allah itu?
Sebab selepas menyedari muqaddimah zilal, muntalaq, seterusnya tafsir yang menggegar jantung kita dan menaikkan bulu roma kita, kita benar-benar sedar tanggungjawab yang besar yang jatuh di atas bahu kita.
.. dan kita tahu bahawa satu-satunya cara untuk menuju syurga Allah, bukan sekadar solat, puasa, haji dan bayar zakat sahaja!
Bukan itu!
Tetapi yang memasukkan kita ke dalam syurga adalah bila kita jual diri dan harta kita diatas jalan dakwah ini. Bila kita serahkan keseluruhan diri kita kepada Allah. [At-taubah : 111]


Maka kita korbankan semuanya untuk itu. Untuk dapatkan redha Allah itu walaupun terpaksa mengorbankan perasaan kita. Perasaan sayangkan duit dan kerehatan kita.
Dan kerana pengorbanan dan matlamat kita itu sama, kita bersatu, bagaikan satu simpulan tali utuh yang digari, tanpa kita dapat fahami maknanya pun.
Walaupun aku tak tahu tarikh lahirmu, dan kau tak tahu tarikh lahirku,
Walaupun aku tak kenal seluruh keluargamu, begitu juga kamu,
Walaupun aku tak tahu makanan dan warna kegemaranmu.. (begitu juga kamu)
But do they all matter?
Benda itu simple di mata kita kerana tautan hati itu adalah kerana dakwah yang kita pikul ini.
Dan rasa hati inilah yang membahagiakan diriku, memandikan hatiku dengan embunan dingin yang menyapu karat dosaku.
Dan aku rasai kebasahan itu pada cintamu padaku, begitu juga aku padamu.
Sungguh mata ini cuma bersua denganmu mungkin hanya 3 kali sahaja semenjak 3 tahun lepas... (ermmm melampaulah itu kan, ok, adalah 5 kali, but still!!)
Dan sungguh mata ini bertemu dengan wajah yang tidak pernah terbayang di balik hati ini, namun aku tahu kau tetap setia membaca setiap bait kata dalam wadah ini, mencari sesuatu buat hatimu.
Sungguh aku teramat gembira bertemumu sehingga air mataku berguguran di saat kau tidak nampak airnya menyapu wajahku.
Sungguh dalam cintaku kepadamu kerana Allah duhai adikku. Dan sungguh kamu banyak menyentuh jiwaku dengan keikhlasan penuh mulus pada jalan ini hingga aku malu pada diriku sendiri.


Aku melihat air matamu wahai adikku, dan mahu aku menyapunya selama-lamanya dalam hidupmu.
Baru aku fahami jiwamu itu yang mahu merangkul tubuh seorang murabbi yang sentiasa dapat membimbing dirinya. Kau mahu seseorang yang sentiasa menunjukimu jalan ini.
Namun kita sama-sama akui dan redhai yang Allah meletakkan kita sesuai pada keadaan kita walaupun kita sering mengkhayalkan perkara yang berbeza di dalam mimpi kita.
Namun Allah menjadikan dirimu kuat dan tegar di saat dikau tiada siapa yang dapat memimpin tanganmu di jalan ini.
Dan allah menjadikan ukhuwah ini indah dan penghargaan kepada cinta ini amat bermakna kerana hubungan hati yang tidak dimengerti ini. Sungguh rindu kita bertaut pada pertemuan ini dan rindu itu akan terus menjadi lagu kita sepanjang masa sehinggalah di satu saat Allah menakdirkannnya



Sungguh banyak ku belajar dari mu di waktu yang tentu panjang namun pendek ini.
Dan tentu aku berdoa agar kita sama-sama meraih sesuatu yang mengghairahkan dan mampu meangkat kita menjadi lebih baik dari keadaan yang kita lalui dahulu.
Kita sama-sama merasai sesuatu perlu kita laksanakan dalam diri kita. Kita sama-sama merasai anjakan diri ini perlu melalui fasa yang baru. Perlu berubah, perlu transformasi perlu menjadi orang baru!
Kitalah yang menjadi kunci kepada perubahan diri kita sendiri. Tiada yang lain.
Jika kamu bertemu denganku pada beberapa detik yang lalu, mesti kau memahami apa yang mahu kunukilkan. Jika tidak, mungkin suatu hari aku akan bercerita lagi..
Ya muqaalibal qulub tsbabit qalbi ala diinik

Pada dingin malam yang syahdu ini, sungguh aku merasai indahnya cinta di jalan Allah ini. Umpama siraman air terjun yang sedang mendinginkan badan yang kepeluhan, mendamaikan dan menenangkan hati yang sentiasa berada di bawah siramannya.

# cinta aturan Allah itu tersangat sangat indahhhhhhhh. Subhanallah
 

Thursday 21 June 2012

Rejab pergi dengan ketibaan Syaaban :')




بسم الله الرحمن الرحيم

 
Rejab seperti angin yang mula bertiup, Sya'aban seperti sekumpulan awan hitam bergumpalan dan Ramadan adalah seperti titisan air hujan yang menurunkan seribu rahmat. ♥ 


Alhamdulillah bertemu dgn bulan Syaaban iaitu bulan Rasulullah SAW dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan. 

Rasulullah SAW bersabda :”Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.”

 kelebihan amalan di bulan Syaaban :
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2.  Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

# sesungguhnya Allah tidak berlengah pada mereka yg berbuat kebaikan. berbuat baiklah dgn amalan yg diredhaiNya. inshaAllah. Allah itu sangat besar perhitungannya. Allahuakbar!

 


Tuesday 19 June 2012

Muslimat Pencetus Muslimin Bertaqwa ?

بسم الله الرحمن الرحيم
"Wanita yang secekal Asiyah dan Mariam selayaknya diangkat darjatnya di akhirat. Bayangkan apa yang berlaku dengan kecekalan dan sikap kuat beribadat yang ada pada Mariam? Akhirnya dari perutnya lahirlah seorang Nabi yang bakal meneruskan mata rantai perjuangan dakwah di bumi Allah."

Beberapa orang bertanya pada saya, "Apa yang imtiaz maksudkan dengan Muslimat pencetus muslimin bertaqwa?" Ada yang tertanya-tanya. Tapi semuanya hakikat.


Wanita itu punya kelembutan yang dikurniakan oleh Allah SWT.Oleh itu, pilihlah jalan berdasarkan akal untuk menggunakan kelembutan dan kasih sayang yang ada. Sama ada untuk melentur buluh mahupun mengeraskan besi sedia ada.


Percaya atau tidak, wanita lebih berkuasa dalam mendidik?
Wanita punya kuasa besar dalam memupuk sifat positif dalam diri kanak-kanak mahupun dewasa. Tapi sejauh manakah mereka menggunakan kuasa dan kelebihan ini kearah mardhatillah.


Asiyah zaujah Firaun, isteri Firaun. Rata-rata sudah mengenal Asiyah isteri si kejam yang berperangai syaitan iaitu firaun. Walaupun Asiyah bukanlah orang yang berjaya melentur firaun supaya menjadi manusia yang beriman dan taat pada Allah.
Tetapi atas kuasa wanitanya beliau mampu memujuk Firaun supaya menerima Nabi Musa sebagai anak angkat. Sedangkan semua tahu pada waktu itu, semua kanak-kanak lelaki akan dibunuh sebaik sahaja dilahirkan kerana salah seorang ahli nujumnya bermimpi kerajaan gah Firaun akan jatuh ditangan seorang lelaki pada masa hadapan.


(Dengan izinAllah) Mariam ibu nabi Isa, sejarah menyaksikan bagaimana kecekalan seorang wanita menerima takdir Allah yang meniupkan roh seorang nabi ke dalam rahimnya walaupun beliau tidak pernah disentuh mana-mana lelaki sekalipun. Tapi apakah yang berlaku ketika Malaikat Jibril turun kebumi menemuinya di Mihrab tempat beliau beribadat?
Beliau terima seadanya akan ujian dan takdir Allah buat kehidupannya. Anda fikir sejenak.. bagaimana beliau mendapat kekuatan untuk menerima takdir itu? Tidak lain dan tidak bukan hasil dan kesan kepercayaan penuh yang diberikan dirinya kepada Allah!


Zulaikha yang menggoda Nabi Yusuf. Masih ingat akan kisah yang diangkat darjatnya disisi Allah ini sehingga dinukilkan didalam Al-Quran kalamullah supaya menjadi pengajaran buat umat manusia?
Ya benar, Zulaikha isteri perdana menteri Mesir satu ketika dahulu nan cantik rupawan yang jatuh hati pada Nabi Yusuf yang mempunyai pakej lengkap seorang pemuda yang tampan lagi beriman.
Sehinggalah satu hari Zulaikha telah merayu Yusuf untuk melakukan perkara yang terkutuk disisi Allah. Yusuf yang mempunyai tingkat darjat taqwa yang tinggi disisi Allah telah menolak ajakan keji itu.


Baiklah , jadi untuk apa saya nukikan kembali kisah diatas disini? Adakah saya mahu memberitahu anda bahawa wanita-wanita diatas merupakan mereka-mereka yang ditulis namanya didalam AL Quran?
Tentu tidak! Lihat kembali kisah di atas. Dua kisah wanita beriman yang takutkan Allah dan 1 wanita yang berani membelakangi Allah dan berniat melakukan perkara yang hina disisi Allah.
Analisisnya mudah, semua wanita diberi kuasa dalam menilai samada perkara tersebut baik atau buruk buat dirinya.


Tetapi, apa yang ingin saya simpulkan berdasarkan kisah-kisah diatas adalah berkenaan wanita mempunyai kuasa yang hebat dalam melakukan sesuatu perkara tidak kira perkara positif atau negatif. Wanita yang secekal Asiyah dan Mariam selayaknya diangkat darjatnya diakhirat.
Bayangkan apa yang berlaku dengan kecekalan dan sikap kuat beribadat yang dilakukan Mariam? Akhirnya dari perutnya lahirlah seorang Nabi yang bakal meneruskan mata rantai perjuangan dakwah di bumi Allah.
Sangat perlu untuk kita lihat perkara ini sebagai satu penghormatan buat Mariam yakni wanita yang hidupnya hanya untuk Allah!
Kembali kepada Zulaikha isteri perdana menteri mesir satu ketika dahulu yang telah nekad melakukan perbuatan terkutuk bersama Yusuf tapi ditolak mentah-mentah oleh si pemuda berpakej iman dan akhlak itu.
Ya, masih lagi berkisarkan seorang wanita. Tapi bukan pada jalan kebaikan bahkan kejahatan.Adakah pada waktu itu Zulaikha tidak dikurniakan aqal untuk berfikir? Tentu tidak! Tetapi atas dorongan nafsu beiau terpedaya dengan ajakan syaitan yang dilaknat Allah.


Nah, terang bukan bahawa wanita itu merupakan pencetus kepada muslimin bertaqwa mahupun bukan. Jika si Ibu merupakan seorang pejuang, maka tak lain zuriat yang dilahirkan bakal menjadi seoang pejuang juga.
Tetapi jika siibu memilih jalan terkutuk untukmeneruskan kehidupan maka belum tentu anak yang dilahirkan itu bakal menjadi manusia yang berakhlak mulia ( dengan izin Allah).
Bentuklah akhlakmu semulia Mariam dan Asiyah sebelum kamu memberi pelajaran kepada orang lain.

# Oleh itu wanita diluar sana... pilihlah jalan hidup anda secara berhati-hati! Jalan dan terhantuk baru nak terngadah. insyaAllah, it will be fine :)


Monday 18 June 2012

peristiwa ISRAK MIKRAJ :')

بسم الله الرحمن الرحيم
ISRAK MIKRAJ berlaku dalam bulan Rejab (27 Rejab). Dimana solat yang merupakan satu-satunya amalan yg Allah wahyukan kepada Rasulullah SAW secara terus tanpa malaikat sebagai perantara telah terjadi pada malam Israk Mikraj. Rasulullah SAW telah diISRAKkan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta diMIKRAJkan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk menghadap Allah S.W.T & meminta kepada Allah agar solat 50 waktu menjadi 5 waktu sahaja utk difardukan ke atas umat Islam.
 Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

gambar di atas adalah kronologi ISRAK MIKRAJ :)

# kerjakanlah solat, hargailah jasa Rasulullah yg meminta kepada Allah utk mengurangi 50 waktu kpd 5 waktu sahaja. terima kasih ya Rasulullah SAW.

Wednesday 13 June 2012

Sajak buat calon imam ku ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekiranya
Kita cinta kepada manusia
Tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
Kita cinta pada manusia
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepada Allah
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
Andainya dia adalah jodoh
Yang ditetapkan olehMu kepadaku
Maka
Campakkanlah ke dalam hatiku
Cinta kepadanya adalah keranaMu
Dan campakkanlah ke dalam hatinya
Cinta kepadaku adalah keranaMu
Namun
Andainya dia bukanlah jodoh yang
Ditetapkan olehMu kepadaku
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
Dalam mengharungi ujian
Yang Kau berikan kepadaku

p/s : karya agung Aminah Qutb, merupakan adik perempuan kpd tokoh terkenal Syed Qutb yg mati di tali gantung kerana ketajaman penanya. Al fatihah

biarlah Allah menjaga engkau
 

Tuesday 12 June 2012

Nikah Khitbah, pilihanku. insyaAllah :')

 بسم الله الرحمن الرحيم




nikah khitbah ( nikah gantung ). aku rasa semua sudah tahu apa itu NK, kan. sebenarnya, aku baru tahu time Imam Muda Asyraff buat forum di Poli KK dgn tajuknya Ketika Cinta Bertasbih, hewhew. hujah hujah yg sgt berguna khususnya buat remaja bercinta. dan pastinya kesimpulan dari topik beliau ialah, bercinta selepas nikah lebih berkat dan indah. how sweet~ dan aku juga baru tahu beliau sudah pun berkahwin. huaaa, someone like you, it will be fine. JOKE ^_^.


sebenarnya aku berminat sgt dgn cara nikah ini ( NK ) yg merupakan cara Rasulullah SAW dgn isterinya Aisyah juga. simple dan cukup syarat. sungguh Islam itu mudah tapi adat juga memainkan peranan penting dlm pernikahan dua orang insan :') sabor je lah :DD

honestly, aku terfikir utk buat benda yg sama. sbg remaja biasa yg juga punya iman yg lemah, terkadang susah mengelak fitrah yg satu ini, takut tersalah guna, takut menjadi fitnah. kerana Rasulullah SAW pernah bersabda, " Kami tidak melihat bagi dua orang yang berkasih sayang seperti perkahwinan " dan sesungguhnya yg Halal itu jelas, dan Haram juga jelas. drpd merindu yg belum Halal, buang masa/ wang/ airmata/ kata-kata manis kpd yg belum Halal, dan pastinya tidak diredhai Allah. bukankah nikah khitbah ini sgt sesuai utk kita wahai sahabat2 ku? hehe. lepas nikah, semuanya Halal, semuanya indah, semuanya dpt pahala. " apabila suami melihat isterinya dgn penuh kasih syg, dan isterinya melihat suami penuh kasih syg, sesungguhnya Allah melihat mereka berdua dgn penuh kasih dan sayang" :') Allah Maha Sweet.

tapi sbg remaja, aku faham pasti inilah masa yg kita gunakan utk enjoy sebelum tua, kan. tapi kan lebih baik klu enjoy kita itu diberkati. semua yg Allah berkati, pasti ada caranya utk kita temui dan lakukan. betapa Allah sygkan kita, sedang utk bercinta sesama insan, Dia berikan kemudahan seperti nikah khitbah. dan pastinya rumahtangga yg bahagia di sisi Nya ialah yg menuju cintaNya. apa yg tidak indah dlm menuju rahmatNya, jln berliku itu lumrah, kejayaan selalu berlaku di penghujung cerita. maka, bersabarlah.

aku juga dlm proses kesabaran sbb aku tahu Allah tidak akan mempersiakan ketabahan seorang insan. dan dlm mencari cara terbaik dlm permulaan NK ini, aku terjumpa satu artikel SURAT UTK IBUBAPA ( NIKAH KHITBAH ). harap ia berguna utk aku satu hari nanti. dan mungkin juga anda. :')

[ credit to : penulis surat ini ] here we go ~
p/s : surat ini dari seorang lelaki kepada parents, klu dari perempuan belum ada versi lagi. hhe. tapi klu ingin, boleh edit bah kann, hehe ^_^ usaha tangga kebahagiaan..

Assalamualaikum kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai. Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya nak minta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam ni. Along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Along nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. Along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along tiada lagi. Tapi, InsyaAllah kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jangan risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah khitbah’ atau ‘nikah gantung’.

Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).

Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jangan risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tidak, along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. Along cadang pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati. Along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.

Along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaAllah dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jangan bagi tahu abang dan kakak saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.

Puteramu,
Along


p/s : semua orang mahukan kisah cintanya seindah karya novelis ternama, indah dan perfect. TAPI janganlah dibandingkan dgn rancangan terbaik Allah SWT yg telah tertulis utk kita. takdir sudah pun tertulis, Dia telah tetapkan, tugas kita ialah jadi pengkarya utk memperindah jln cerita hidup kita dlm redhaNya. semoga cinta kita akan selalu menuju cintaNya, aminn

Saturday 9 June 2012

Palestin, tersenyumlah. Syahidmu menanti JannahNya.

بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah, selamatkan bumi Palestin. Sesungguhnya syahid mereka itu menuju syurgaMu. Sungguh mereka bukanlah orang yg rugi berada di sana di dalam dunia sementara ini. Berikan mereka kekuatan. Tatkala kita di Malaysia masih mampu berketawa dgn jenaka hidangan Yahudi, mereka di sana berketawa keriangan kerana akan menjadi syahid dan memiliki Jannah selamanya. Subhanallah.

Hanya lah doa yg mampu dikirimkan tanda sokongan sesama Islam. Ditambah dgn post yg mampu membuka mata insan lain utk turut sama berdoa. Semoga doa kita diangkat ke langit dan diperkenankan oleh Allah SWT. Aminn.

Dalam mencari artikel artikel berkenaan Palestin, mataku tertaut pada kata-kata Khalil Ismail al-Haya, beliau merupakan ketua WHIP HAMAS. Beliau berkata : -

Allah telah memilih kami yg berada di Palestin utk berjihad
Kami telah dipilih oleh Allah utk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak- anak kami utk menentang musuh Allah dan mempertahankan masjid al- Aqsa.
Kami juga telah dipilih utk mewakili umat Islam seluruh dunia utk menjadi benteng pertahanan kpd al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.
Kami juga telah dipilih utk menjadikan mati syahid sbg impian utama kami berbanding kehidupan dunia
Selama lebih dari 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.
Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan kalimah lailahaillallah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.
Kami akan terus tetap dm perjuangan sehinggalah setiap dari kami akan gugur syahid.
Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang.
Namun kami MEMERLUKAN SOKONGAN dan BANTUAN ANDA.
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan.
Kami akan tuntut drpd Allah atas kealpaan anda semua
Kami tidak akan reda terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua

p/s : hulurkan usaha kecil kita dgn cara semampu kita. Bantu mereka saudara Islam kita di sana. Syahid mereka pasti memiliki Jannah, semoga usaha kita juga mampu memilik Jannah dan dipertemukan dgn mereka. Tidakkah anda ingin bertemu pembela Islam? Ya Allah, berikan mereka kekuatan. aminn
 

Quran seindah Isinya

بسم الله الرحمن الرحيم

Quran ini colourful. Cantik cantik. Teringin pula beli satu.  hehe. Tapi yg ada sekarang pun belum habis baca lagi. Hihihi.

utk renungan bersama fakta-fakta tentang dalam kitab suci ini :-

Al-Quran diturunkan daripada Baitul Izzah kepada Rasulullah secara beransur-ansur selama 23 tahun melalui perantaraan Malaikat Jibril.

Al-Quran diturunkan daripada Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia pada malam Qadar (Lailatul Qadar) di bulan Ramadhan.

Al-Quran pertama-kali diturunkan pada tanggal 17 Ramadhan kepada Rasulullah SAW ketika beliau berusia 40 tahun.

Di dalam al-Quran, perkataan iblis disebut sebanyak 11x sama dengan jumlah perkataan al-istiadzah (mohon perlindungan Allah) juga 11x.

Di dalam Al-Quran tersebut perkataan 'hayat' dan 'maut' masing2 sebanyak 145 kali.

Di dalam Al-Quran disebut perkataan 'dunia' dan 'akhirat' masing2 sebanyak 115 kali.

Di dlm Al-Quran disebut perkataan 'iman' sebanyak 811 kali dan perkataan 'kufur' sebanyak 697 kali. Perbezaan 114 selaras dgn jumlah surah.

Di dalam al-Quran, solat disebut 68x, zakat 32x, dan puasa 14x. Jumlah ketiga2 ini ialah 114x, selaras dgn jumlah surah di dalam al-Quran.

Perkataan 'al-kafirun' (orang2 kafir) dan perkataan 'an-nar' (neraka) masing2 disebut di dalam al-Quran sebanyak 154x.

Ada 2 angka yg memiliki nilai istimewa di dalam al-Quran, iaitu angka 7 and 19.

Perkataan syaitan dan malaikat itu diulang masing2 88x di dalam al-Quran.

Perkataan 'al-yusr' (kemudahan) disebut 36x dan 'al-usr' (kesulitan) disebut 12x. Kemudahan adalah 3x ganda lebih banyak dari kesulitan.

Di dalam al-Quran, perkataan 'ampunan' disebut sebanyak 234x manakala perkataan 'balasan' disebut sebanyak 117x, iaitu sebanyak 2x ganda.

Di dalam al-Quran, jumlah surah = 114, juz = 30, ayat = 6236, kalimat = 97439, lafaz = 51924, titik = 150681, huruf = 323671.

Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat kelak sebagai pemberi syafaat kpd setiap pembacanya - HR Abu Umamah.

Barangsiapa yg membaca surah al-Baqarah, ia akan diberi mahkota kebesaran pada hari kiamat kelak. (HR al-Baihaqi).

Sesiapa yg baca ayat Kursi & surah al-Ikhlas setiap kali selepas solat fardhu, tiada yg menghalangnya masuk syurga kecuali mati. HR Nasa'i.

Surah pertama yg diturunkan secara lengkap ialah surah al-Muddatstsir.

Ayat yg paling terakhir diturunkan menurut pendapat yg paling sahih ialah ayat 281 surah alBaqarah. Pendapat lain ialah alMaidah ayat 3.

Nama-nama lain bagi al-Quran ialah al-Kitab (al-Baqarah:2), adz-Zikir (al-Hijr:9), dan al-Furqan (al-Furqan:1).

7 loghat al-Quran mengikut pendapat yg paling masyhur: Quraisy, Hudzail, Tsaqif, Hawazan, Kinanah, Tamim, dan Yaman.




p/s : Al-Quran itu adalah petunjuk, penawar penyakit, petua, dan rahmat yang diturunkan oleh Allah SWT.

 its okay yanaa. Doa saja semoga dpt memilikinya sebagai hantaran nanti. Huahua. Doakan saya ya sahabat. Aminn

Friday 8 June 2012

menghitung hari :')

بسم الله الرحمن الرحيم
 hmm. betapa aku merindui mak, bapak, adik-adik. rumahku syurgaku dan kawan-kawan. Allah saja yg tahu. berkat kesabaran dgn nama Allah SWT yg memberi balasan tanpa batasan utk mereka yg bersabar, aku bertahan. Alhamdulillah tinggal sehari saja lagi.

barang pun belum packing lagi, hee.  

sebak seketika bila dapat sms mak, dgn khabar dia sedang sakit demam, susah mau bangun :'/ sedihh. semoga mak dlm jagaanNya sentiasa. dan Niko yg menangis sebab selipar pemberian arwah sepupunya hilang dicuri orang selepas solat Jumaat. hehe. sabarlahh adikku :') nanti pasti gantinya lebih baik. wlupun selipar arwah hilang, arwah sentiasa dlm ingatan kann. al Fatihah ~

p/s : ya Allah, semoga Engkau menjaga ku dalam perjalanan nanti, selamatkan aku sehingga tiba ke destinasi. :') aminn.

Thursday 7 June 2012

Rasa Cinta ( artikel ini tentang saya )

 بسم الله الرحمن الرحيم


artikel ini aku terbaca subuh hari selesai solat malam :') subhanallah. sunggguh Allah SWT ingin aku melihatnya. 
let's read, maybe you in the same situation with me, ukhti ^_^


“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta…”

Cinta dari segi bahasanya adalah kasih sayang. Cinta dan mencintai adalah satu fitrah insaniah yang memang lahir dari sanubari setiap yang bergelar manusia. Tetapi sejauh manakah kita memahami maksud cinta dalam erti kata yang sebenar.

Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya. Maksudku adalah cinta yang Allah redha. Mesti kita tidak mahu untuk membawa si dia membawanya ke neraka. kerana cinta itu sendiri satu istilah yang dipenuhi dengan kasih sayang. masakan ingin membawanya kepada sesuatu yang buruk.

Tidak inginkah membawa Si Dia ke syurga?Syurga yang penuh dengan nilai cinta dan keindahan
Mari kita bertadabbur sebentar di dalam surah al-waqiah,

“Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan emas dan permata, seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir. Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.” (Surah Al-Waqiah ayat 11-26)
Bila membaca ayat surah waqiah itu, indahnya syurga, tidak dapat dibayangkan di fikiran betapa hebatnya syurga, jika benar-benar aku ingin untuk membawa si dia ke syurga, jadi jalannya mesti dengan jalan yang Allah redha.

Caranya adalah jumpa walinya dan menikah. Kerana itulah satu-satunya jalan yang Allah redha.
Ya! InsyaAllah , aku juga sedang merancang, tetapi kita manusia ini hanya mampu merancang, hakikatnya Allah swt-lah yang menentukan.
Cinta? Kasih? bawalah dia ke syurga.
Jaga hati. jaga pandangan. jagalah dari perkara yang Allah larang.
“Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)
Kepada lelaki yang ingin menikah ada syaratnya,kerana kita akan menanggung satu tanggungjawab yang besar, iaitu yang pertama adalah, tingkatkan kefahaman dalam ilmu , perdekatkan diri dengan Allah swt dan mencari cinta Allah dahulu serta buat persediaan rapi untuk pernikahan.

Kepada yang perempuan, bersedia juga dengan ilmu agar dapat saling membimbing bersama suami yang tercinta, buat persediaan, dan tidak boleh lari lagi dari mencari cinta Allah juga yang paling utama harus digapai setiap diantara kita.

Konklusi : Pernikahan adalah permulaan cinta

Ramai yang menganggap pernikahan sebagai sebuah pengakhiran kerana sudah jemu ber’couple’ dan mengganggap pernikahan sebagai jalan akhir. Ternyata sekali pandangan itu silap kerana pernikahan adalah satu permulaan bagi kehidupan yang sebenar. Pernikahan itu penuh dengan rasa kecintaan dan kasih sayang. 

Carilah cinta yang sebenar!

p/s : kita merancang, Allah SWT merancang, dan Perancang Terbaik hanya Dia Yang Maha Bijaksana :') berdoa dan bersabar.

Monday 4 June 2012

TAUBAT sebelum terlambat !


 بسم الله الرحمن الرحيم

 

kita sering mendengar dan melihat seruan ini, bertaubatlah sebelum terlambat. terlambat satu hal, yg buat dulu nanti baru taubat pun satu hal. sesungguhnya Allah itu penerima taubat, Maha Pengampun Dosa Besar. pintu taubat sentiasa terbuka. anytime anywhere :')

namun, untuk bertaubat ada syarat yg perlu kita penuhi dgn penuh keyakinan :-
 
Ikhlas ingin bertaubat
Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
Dikerjakan sebelum ajal tiba

* satu syarat ini tertinggal, tidak sah lah taubat itu
 
Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
 
Cara melaksanakan solat taubat :
sama dengan solat biasa, 
setelah berwuduk dengan sempurna, 
lalu berdiri di tempat yang suci, 
menghadap kiblat;
Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. 
Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah)
Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
 
p/s : lengkapkan syarat, sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :')
 

Sunday 3 June 2012

zikir penenang hati ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

ZIKIR bermaksud mengingat Allah dgn cara menyebut dan memuji kebesaranNya ;')


Firman Allah S.W.T maksudnya
Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.”
( al-Ahzab 35 )
 
Dari Rasulullah S.A.W ,
Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga.”
( H.R Muslim)

p/s : berzikirlah selalu tanda ingatan kpd Yang Mencipta

Saturday 2 June 2012

Kau Pinang Daku Dengan Bismillah, Aku Terima Dengan Alhamdulillah

بسم الله الرحمن الرحيم
 
 
 
Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.
Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?
Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.
Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.
Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.
Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga  yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum  sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

Melamar secara direct
Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email.  Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.
Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.
Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.
Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.

Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.
Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.

Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.
Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau  kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.
Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:
' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.
Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.
Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.
Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.


Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.
Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.
Ianya amat manis, subhanalllah.

Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.
Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.
Jadilah moderate dalam prosesnya

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.

p/s : Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah. Pinanglah daku kerana dakwah :')

Friday 1 June 2012

Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah?



بسم الله الرحمن الرحيم



Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.

Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.

Bersabar, dan teruslah berdoa.

p/s : Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..
 

Jannatullah, destinasi hakiki.

 بسم الله الرحمن الرحيم


 
Tiket untuk ke syurga adalah rahmat Allah SWT, dan utk mendapatkan rahmatNya pula memerlukan matawang amal kebaikan ^_^

Ada sebuah kisah pada zaman Rasulullah saw. Seorang lelaki berkata pada baginda bahawa dia ingin memasuki Jannah Allah dgn amal kebaikannya, padahal seperti yg dikatakan oleh Rasulullah saw ketika itu rahmatNya itu lebih utama utk dpt memiliki Jannah.

Apa saja yg kita lakukan tanpa rahmatNya, hanyalah sia sia. Janganlah kita merasa cukup dgn amal yg kita buat, sesungguhnya kita hanyalah hamba yg lemah. Beramal selagi mampu, dgn namanya, insyaAllah rahmatNya kita akan perolehi. Aminn

Sebab itulah byk kisah yg kita dengar, ahli-ahli syurga itu adalah org yg beramal di jalanNya. antaranya yg dgn berzikir sahaja, ada yg byk berselawat, wanita yg mentaati suaminya, ada yg dgn bersedekah sahaja dan byk lagi kisah-kisah yg boleh kita jadikan teladan. Rahmat Allah itu luas, carilah dgn amal. Sebab itulah Allah sukakan hambanya yg istiqamah wlupun dgn amalan yg kecil.

p/s : semoga kita semua layak ke Jannah dgn rahmatNya. Cukupkan amal, may we all met there. aminn