ahli syurga, insyaAllah :)

Saturday 26 May 2012

cerita malas selepas subuh. hehe :)

بسم الله الرحمن الرحيم

 
hee :) aku lah insan yg dulu sgt lah mls bangun subuh. haha. and honestly, selalu tinggal solat subuh. hmm. teruk kan? -.- tapi teringat kan azab yg menanti iaitu neraka Saqar menjadi milik tanpa rela, padahal aku sgt mengimpikan al Jannah yg mengalir sungai-sungai di bawahnya. aku gagahkan jua mentarbiyah diri. klu bukan sekarang bila lagi. yg penting, istiqamah :') 


Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” dan, para fuqaha’ juga memakruhkan tidur selepas solat subuh.

teringat juga pesan mak ' anak dara ndak bagus tidur pagi-pagi, pegi cuci kain, kemas rumah bla bla bla ' hehe. betullah kehidupan harian kita adalah mehnah dari Allah ( didikan terus ) tanpa kita sedar kan. alhamdulillah tersedar jua aku sblm terlambat :')

Rasulullah SAW juga pernah bersabda ketika melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

so, waktu lepas subuh sesuai utk mencari rezeki, bukanlah maksudnya pergi kerja. pergi cari sarapan pun the same thing kann :') hehehe. cari jodoh tu jauh sekali. okelahh, makin lama makin mengarut. huaa ~

p/s rajinkanlah solat subuh :) slow slow, Allah SWT pasti tolong .
 

Tuesday 22 May 2012

KELEBIHAN REJAB

بسم الله الرحمن الرحيم
 
 
 
bulan Rejab merupakan  bulan ketujuh di dalam kalendar Islam dan tahun ini jatuh pada  21 MAY - 19 JUN 2012. Alhamdulillah diberi kesempatan utk bertemu dalam bulan Allah y g sangat dimuliakan. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman. :')
 
 
antara kelebihan bulan Rejab ialah :

1.Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.


2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.


3.Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.


4.Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.


5.Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.


6.Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.


7.Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.


8.Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.


dan diantara beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
 
 1.Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

2.Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

3.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

4.Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

5.Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
 


Doa Di Bulan Rejab:
1.Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.


2.Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

3.Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
 

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
 
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.


# bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. dan segala ibadah amalan yang dituntut dikerjakan ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.
inshaAllah :) Allah Maha Pengampun

Apa Khabar Jodohku?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimu bersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

p/s to my bakal imam, jujur aku ingin bertemu denganmu pada masa yg telah ditetapkanNya, dlm redhaNya :) semoga al Jannah mili kita, semoga kita dpt BERCINTA SAMPAI KE SYURGA. engkaulah pemilik cintaku setelah Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Sunday 20 May 2012

Blog, Facebook & Twitter. all for Dakwah.


بسم الله الرحمن الرحيم



terkadang terasa ingin sekali aku meluah perasan di Fb tapi mengingatkan kata-kata Ustaz Azhar Idrus, lebih baik mengadu pada Allah. its true, Fb tidak boleh buat apa, hanya Allah yg Maha Mendengar keluh kesah hambaNya.

selepas satu, satu sindiran. tapi itu tidak mengapa. aku buat ini kerana Allah dan pasti aku mahu balasan dariNya. aku ingin membantu agama Allah ini dgn usaha kecil ini. semoga Allah jua membantu ku dlm mengharungi kehidupan di dunia yg penuh tipu daya ini. amin

sungguh, aku bukan insan yg baik. itu malaikat namanya. hehe. aku hanya ingin menjalankan amanah menyampaikan ayat-ayat Allah, berdakwah meneruskan perjuangan kekasih hatiku, Rasulullah SAW. semoga saja ia berjalan lancar. buat yg mnyindir, aku doakan kamu juga dibukakan pintu merasakan manisnya iman di jalan Allah ini. aminn

satu hari nanti, saat Allah menghisab amalan kita. aku cuma ingin usaha kecil ini turut sama ditimbangi. tiada yg lebih indah selain JannahMu, impianku, destinasiku. doakan aku ya sahabat ^_^

Dakwah,
bukan utk disesali kenapa bukan dari dulu, tapi mulakanlah sekarang berserta istiqamah
its all about what you get, you have to give. GIVE and TAKE lillahitaala.
'' samapaikanlah dariku walau sepotong ayat ''
thats we call DAKWAH.


p/s : anda juga boleh berdakwah, anda buat dan anda dapat. bila semuanya kerana Allah, pasti semua nampak indah. trust Him..



 

 

Friday 18 May 2012

Ustaz Azhar Idrus ( dakwahnya mudah difahami )

بسم الله الرحمن الرحيم
Okee, siapa yg tidak kenal kan. ustaz fenomena. Beliau merupakan pendakwah dan penceramah bebas yg cukup diminati ramai. hee. dilahirkan pada 12 Februari 1964 dan sekarang suda berumur 48 Tahun. beliau berasal dari  Kuala Terengganu, Terengganu. sukakan fotografi, pernah jadi guru muzik. hee ( jangan sampai jadi najis, hahaha ) pernah bekerja d Utusan Malaysia dan letak jawatan sebab mahu fokus untuk belajar agama pada tahun 1990 selama 12 tahun dgn 8 orang guru agama. wahhh.




Mcmna aku tahu? aku google jea, hehe. Tp aku tidak google saja2, aku search utk diri sendiri dan kita semua dpt jadikan contoh dlm mencari ilmu akhirat. Beliau seorang yg sgt rendah diri, kata2 yg keluar dari mulutnya ibarat mutiara, dijadikan quotes oleh semua peminatnya, mcm aku ne. hehe. Ucapan Ustaz Azhar Idrus bukan sekadar untuk di 'quote' dengan bangga; tetapi untuk berbangga mengamalkannya dengan ikhlas.
Yeayy. Mmg itulaa yg sepatutnya kan.

UIA cukup mengingatkan aku dgn Ustaz Mohd d SMHT, haha. Ustaz yg lucu2, bila di tujukan soalan, jawapan yg d bagi bukanlah dalil2 atau ayat2 alQuran. Bukan membelakangkan alQuran dan dalil tp mereka cukup memahami jawapan yg remaja ingin dgr, dgn ayat yg mudah difahami. Contoh :

S: Apakah cara untuk dapat isteri solehah?
Ust: Asyik nak isteri solehah je. Kamu tu kena jadi soleh dulu, faham? Diapun nak suami yg soleh.
( jwpn ne sbnrnya ada dlm ayat alQuran yg menyatakan lelaki baik utk perempuan yg baik dan sebaliknya, lebih kurang mcm tu kann )

S: Bolehkah tepon awek utk kejut dia solat subuh.
Ust: Kang lebih senang mu set alarm mu, dia set alarm dia. Pilih jln terbaik, elak fitnah.
( elak fitnah, mgkin si penerima jwpn akan rasa terkilan sbb dia sbnrnya ingin tepon awek dia tp dgn jwpn ne mgkin dia akan usaha utk elak fitnah, wallahu’alam )

Soalan: Bolehkah pergi kenduri yg kita tak dijemput?
Ust: Boleh, tapi pegi tengok org makan shj mcm org bodo, kamu tak boleh makan. Haram.
( hahaha. Hukumnya haram tp klu mau pegi tiada yg larang pun , ust byk guna perkataan “bodo ‘ dlm memberi jwpn tp belum ada yg pertikaikan sbb semua org tidak kisah, mereka termasuk la aku masih ‘bodo’ dan ingin menjadi ‘pandai’. Hehe )
S: Camne nak lupakan kekasih?
Ust: Itulah gatal sangat, kan Islam larang bercouple, haram. Antara caranya, banyakkan zikrullah & bersyukur.
( couple kan haram dlm Islam. Jd, buat la yg halal – tersirat tu mksud zikir, hehe )

S: Nape takleh solat tahyat masjid di surau, rugilah aku sbb aku kerja di surau!!
Ust: Ehh marah aku pulak! Dah mmg takde tahyat surau. LoL.
( tak perlu lah pertikaikan apa yg telah ditetapkan oleh Allah SWT kannn )

# Okee, sebab itulah ramai yg minat dgn UIA kann.


Di sini, saya ingin kongsikan quotes2 yg keluar dari mulut beliau. Sharing is caring kannn ~ hehe. Semoga kita dpt manfaatkan.

Kalau sudah tak boleh bersabar, pergi ambil wudhuk. InsyaAllah dengan berwudhuk, hati boleh tenang
Pahala yg diterima oleh mrk yg mnyebarkn ilmu brkekaln hngga ke akhirat slagi mnusia mndpt mnfaat drpd ilmu yg dismpaikn itu.

Mati bukannya jauh sgt pun dari kita, hanya sedikit umur yg masih ada inilh kita gunakn utk bantu agama Allah

Kita ni mengaji dalam-dalam tak nak tapi nak pertikai hukum yang remeh-temeh.

Wanita yg solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yg soleh. Sbb apa? Sbb wanita yg solehah sukar ditemui

Seorang yang bertudung tidak semestinya baik tetapi seorang yang baik pasti akan bertudung.

Dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas kerana Nya

Semua dosa yg tlh diampunkn Allah tak lagi dihisab diakhirat nnti. Utk dapatkn keampunn Allah brtaubatlh byk-byk.

Mengadu kat Allah lebih baik daripada mengadu kat Facebook
Siapa yg anjurkan benda2 hiburan yg melalaikan adalah bodo. Yg tukang sokong, tukang like dan sebagainya 4 kali bodo

Merdeka yang sebenar ialah bebas melaksanakan perintah Allah SWT di muka bumi ini.

Kejap pakai tudung, kejap pecat tudung. Ingat masuk neraka boleh kejap-kejap ke?

"Assalamualaikum. Hai cik adik leh kenal? Tak jawab dosa tau!" Makruh jawab salam ini sebab boleh membawa kepada fitnah

Carilah harta sebanyak mana pun tapi jangan jual agama. Sampai masa solat kita solat, jangan kejar dunia semata-mata.

Bila kita belajar bab agama kita akan selamat dunia dan akhirat.

Boleh buat ayat quran jadikn ringtone tapi jgn bunyikn dlm tandas dan jgn matikn ringtone mlainkn pnghujung ayat

Org yg brzikir kpd Allah dgn org yg tidak brzikir kpd Allah adalah seperti prbandingn antara org hidup dgn org mati

Di akhirat nanti segala perbuatan kita semasa di dunia akan ditayang semula oleh Allah dihadapan khalayak ramai

Main daun terup walaupun tak judi ianya tetap haram sebab ia adalah alat utk berjudi dan benda yg dilaknat.

Tgk kat stadium berapa ribu org boleh pergi itu pun bertiket. Tgk kat masjid berapa puluh org pergi itu pun percuma.

Hati berzikir tapi mulut tidak berkata-kata lebih baik dari mulut berkata-kata tapi hati tidak berzikir.

Jangan buat wanita jatuh cinta kalau kamu tak cintakan dia.

Bila kamu merasa seronok kerana berbuat dosa maka keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan terus kekal.
Sehina-hina babi dia tak masuk neraka. Tapi orang yang tak solat confirm masuk neraka saqar.

Nak cari orang yang tak solat tak perlu cari jauh-jauh, cari dalam keluarga kita pun dah jumpa.

Azan bukan hanya bila masuk waktu solat atau bila takut hantu. Ketika kebakaran, jika dilaungkan azan, InsyaAllah api akan kurang maraknya.

Bila tjumpa hantu, halau dgn doa ini, "Al'anuka bilaknatillah". Jika lupa, boleh azan dgn kuat. Kalau hantu tak lari juga, itu hantu mabuk.

Sekarang ramai peminat filem hantu. Nabi suruh minta jauh dari hantu, tp ramai pula sanggup bayar tiket filem hantu bodo, jadi mcm org bodo.

Sekadar bertudung tetapi masih memakai seluar ketat, pusat terjelir dan masih menampakkan 'lurah dendam', itu bukan menutup aurat namanya.

Isteri sepatutnya jadi macam 'super model' untuk suami. Depan suami berjalanlah gaya 'catwalk', tapi yg ramainya jalan mcm 'elephant walk'.

Boleh peluk awek, hanya dlm keadaan darurat seperti untuk selamatkan dia yg sedang lemas. Tapi janganlah peluk dia sampai terus lemas pulak.

Kita rajin check virus PC, tapi tak rajin check virus hati; Kita kerap upgrade CPU di kedai; tapi tak upgrade dada kita dgn ilmu di masjid.

Selagi kamu panggil seseorang itu pakwê, makwê, bopreng, gêpreng, balak, awek, atau seumpamanya, maka masih haram kamu sentuh dia. Ingat tu!

Jangan cakap besar bila berhadapan dgn awek seksi kerana Ustaz Azhar pun mengaku tersasul baca doa iftitah bila nak baca talqin mayat.

Tidak wajib jawab salam malas 'semekom' sebab takde makne; kalau nak jawab juga, ucap 'komlam'; Itupun takde makna. Baru la kamu jadi 2x5.

Belajar ugama ialah dengan mendengar kuliyah ustaz di masjid, bukan dengan mendengar talqin ustaz bila dah masuk dalam kubur.

Terlalu cinta kpd kekasih, akan menjadi hamba kpd kekasih; Tetapi jika terlalu cinta kpd Allah, maka akan menjadi hamba Allah.

Sambut suami pulang dgn baju nipis yg nampak kulit, ok utk pasangan muda; tapi kalau nenek, takut atuk komen "nape tak iron dulu, kedut la".
Tabung masjid itu untuk di isi, bukan untuk dilihat, apatah lagi untuk dibawa lari.

Orang yang tidak solat ada juga pergi ke masjid semasa hayatnya, iaitu apabila hendak menggunakan tandas masjid. Sungguh muka tak malu.

Bila nak buat maksiat, kita akan ingat '..Yang Maha Penyayang', tetapi buat lupa '..Bahawasanya Allah Maha Keras SeksaNya (al-Baqarah 196)'.

Matanya menggoda, dadanya bulat, kulitnya putih memancar, sentiasa dara, manja & rindu kpd suami - Bio bidadari dari sumber Quran & Hadis.

Jika lelaki mendapat bidadari; wanita pula akan menjadi 'permaisuri agung' kepada suaminya di syurga. Tiada lagi perasaan cemburu atau jeles

Untuk mendapatkan bidadari, kenalah kuatkan iman, baiki akhlak, dan tambah amal ibadat kepada Allah SWT sebab itulah cara melamarnya.

Bidadari itu semakin dipandang, semakin cantik. Begitulah sehingga berjuta-juta tahun sekalipun. Inilah yang sepatutnya kita kejar.

Rasulullah SAW dilantik oleh ALLAH SWT, bukan melalui pilihanraya atau dengan cara bilang berapa orang yang angkat tangan.

Takbir Allahuakbar dgn kuat, harimau akan lari. Tp jgn cari pasal pegi cari harimau kerana silap haribulan dia takbir dulu, kena ngap pulak.

Isteri sebenarnya jawatan dia 10 dlm 1 bila ada di rumah dgn suami, iaitu pramugari, sekritari, housekeeper, dll. termasuk GRO Firstclass!

Seorg isteri yg cemburu mengadu kpd Hakim, "Suami curang, bila saya tepon, ada awek jawab 'Please leave your voice message after the tone'."

Tidak solat itu bukan Islam, kerana solat itu rukun Islam; Sama seperti solat tidak sujud itu bukan solat, kerana sujud itu rukun solat.

Bidadari syurga bukan untuk kelaki hensem yang kuat tenaganya, tetapi untuk lelaki yang hensem akhlaknya serta kuat imannya.

Ber-karaoke janganlah sampai jadi 'kera ok'. Bermain muzik janganlah sampai jadi najis.

Nafsu kata awek itu cantik & kaya; Akal kata awek itu pintar; hati bisik yg awek itu berakhlak & beragama. Maka, utamakanlah bisikan hati.

Ada orang yg malam ini merupakan malam pertamanya di alam barzakh; kita yg belum ini, eloklah dijadikan malam ini malam untuk ke masjid...

Agak2nya syurga mana yang kamu 'hendak' masuk jika solat tidak cukup 5 waktu, kuliyah ugama tidak diendah, alQuran tidak dibaca & diamalkan.

Semua jenis judi dosa besar. Jangan anggap pertaruhan walaupun RM0.10 (10¢) itu judi kecil. Dosanya tetap besar walaupun itu judi cap ayam.

Yang lebih haknya ke atas wanita ialah suaminya; dan yang lebih haknya ke atas lelaki pula ialah ibunya, dan bukan 'queen' nya. ( isteri )

p/s : saya sangat menyukai dakwah beliau :) saya pasti anda juga sama kan kan. Alhamdulillah. semoga dakwah beliau mampu membuka pintu hati utk bertaubat. aminn ya Rabb

this is song for you, Ust Azhar Idrus. hehe

 

Wednesday 16 May 2012

duhai muslimah ~

 بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah , didetikkan hatiku untuk menulis artikel tentang maruah seorang muslimah .Muslimah, kamu itu cantik sebenarnya. Walaupun kau tutup seluruh auratmu, sesungguhnya yang tertutup itu lebih terjaga kualitinya daripada yang terdedah.

Di sini, inginku coretkan tentang maruah. Tidak dapat dinafikan lagi, setiap muslimah yang sedang ataupun telah meniti alam remajanya pernah mengalami satu situasi ataupun ujian wajib bagi dirinya iaitu hatinya akan jatuh hati dengan seorang Adam .

Wahai muslimah sahabatku, mari kita faham perspektif pemikiran lelaki terhadap wanita. Sepertimana yang kita tahu, lelaki mudah meluahkan kata-kata manis untuk mendapatkan madu cinta daripada seorang Hawa . Madu cinta itu akan diteguk untuk menghilangkan dahaga yang tidak berpanjangan.Sepertimana lebah, dia tidak akan hinggap pada bunga yang telah diambil madunya. Dia akan pergi ke bunga lain untuk mendapatkan madu.  Itu gambaranku. Ima yakin, ramai sahabat Ima yang faham apa yang Ima gambarkan itu.
Madu itu maruah seoarang wanita. Yang sememangnya maruah wanita muslimah itu sangatlah cantik. Jangan kau berikan pada lebah-lebah yang tidak layak kau berikan madumu itu. Tapi, bagaimana kalau sudah terlanjur cinta ? Baiklah, Ima sangat faham situasi ini kerana Ima sendiri pernah mengalami pengalaman begini. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah Taala dan bimbingan Ummi Ima serta sahabat-sahabat, Ima sudah nampak jalan penyelesaian.

Begini sahabatku sayang, masih belum terlambat untuk kamu berubah niat. Ima faham, perasaan cinta itu satu fitrah. Ima tidak dapat menafikan fitrah tersebut. Tetapi, cuba kita halakan fitrah cinta itu kepada Allah. Mengapa tidak ? Lihat di sekeliling kita, apa yang Allah Taala berikan kepada kita ? Macam-macam nikmat dan pinjaman-Nya kepada kita yang tidak terhitung. Lihat pula pada ujian-ujian yang ditimpakan kepada kita. Sesungguhnya, Allah Taala menguji setiap hamba-Nya berdasarkan apa yang hamba-Nya mampu sahaja. Itu merupakan salah satu daripada tanda cinta Allah kepada hamba-Nya tetapi ramai hamba-Nya yang tidak menyedari akan hakikat itu .


Cinta manusia . Sememangnya indah, dibalas setiap kali dilafaz. Didengar dan dikongsi setiap kali kesedihan dirintih. Kamu yakin setiap apa yang dilafaznya itu ikhlas ? Kamu yakin bahawa dia benar-benar berkongsi kesedihan dengan kamu ? Mungkinkah, dia akan mengadu kepada kawan-kawannya , betapa menyampahnya dan meluatnya dia dengan sikap kita. Bukan mahu buruk sangka tetapi kadang-kadang ia perlu dalam beberapa situasi untuk menyelamatkan kita daripada hanyut .

Jadi, bersederhanalah dalam berhubung dengan kaum Adam. Jagalah kesucian cinta itu untuk diberikan kepada pasangan yang sah dengan ikatan ijab dan qabul kelak. Tidak salah untuk berhubung dengan lelaki, tetapi dengan syarat, kamu mesti ada prinsip kamu yang tersendiri dan kekalkan prinsip kamu walau digoda bagaimana cara sekalipun. Misalnya, prinsip kamu adalah " Aku tidak akan sesekali mengucapkan madah-madah cinta walaupun pada hakikatnya aku rasakan aku betul-betul sayangkan mamat nih". Prinsip itu biarlah sesuatu yang menjaga maruah cinta kita. Semoga bermanfaat buat kalian. Wallahu'alam.

p/s semoga kita diberi kesempatan utk menjadi muslimah sejati. insyaAllah :')

Wednesday 9 May 2012

untukmu teman :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Syukur Alhamdulillah dilahirkan di dunia ini utk bertemu dgn insan2 yg bergelar teman. First of all, she is Harinah Zainal  kdg2 rasa nda bole hidup tanpa dia. HAHA. Sejak akhir2 ne, rindu pulak dgn dia. Hmmmm nda dpt contact lg sbb dia ckp blk kampong. Sedihhhh woahh . She is the one of my bestieyg paling ngam. Terima kasih ya Allah dipertemukan dgnnya. Why HZ, not others? Yg lain pun ak syg syg syg syg syg syg syg syg baa. Tp kdg2 dlm hidup ne kita mesti ada pilihan terbaik kann antara yg terbaik. And she is HZ <3





 Sabar orangnya

Yaa, she is the patient girl. Dulu honestly, ak nda seberapa suka dia ne tp dia biasa2 ja wlupun ak selalu elak2 dr dia, n dia perasan jgk, hehe. Jahat kan aku…. Tp lama2 kami jadi rapat sbb ak dlm kelas kan pendiam la sgt, dia yg rajin tegur2. Ajak ke tandas sama2, kantin sama2. Hehe. Lama nda sedar, persahabatan pun terbina . yeayyyy~ hbs spm, tinggalkan sekolah barulah terasa rinduuu dgn kwn2 semuaa. RINDUUUUU~

Memahami

Time aku susah, dialah sahabat. Time aku senang, dialah teman <3. Klu aku mau mkn KFC, dialah org 1st yg akan spend. Huhaiiii~ best kan! dia cukup memahami. Byk yg dia fhm ttg perangaiku ne yg ak sendiri pun nda fhm. HAHA. Klu aku mau sesuatu dia slalu usahakan. Klu aku diam2, dia tau aku marahh. Tp kmi jarang gaduh lama2. Hehe, btw she is the best  and perfectBFF I ever met  Alhamdulillah..

Ada dia kesahhh?

Haha, best part of her! Dia lah org yg paling nda kisah pun dgn kata2 org jahat. Aiikkk, apa yg ak cuba katakana ne? oke fine. Dia ne jenis yg nda kisah pun klu org ckp2 d belakangnya tp dia kan bgtau semua dgn aku then lupakan begitu sajaaa. Dia tidak simpan dlm hati pun. Jd siapa2 yg pernah buat jahat ( termasuk aku lah ne) sama dia, kmu suda d maafkannnn  that’s why I heart herrrr. <3

Cantik imannya

Dia pernah bercinta dan kecewa. Dan aku pernah bercinta bercinta bercinta bercinta, kecewa kecewa kecewa kecewa. Hahaha. Nmpak ka bezanya? Dia kecewa sekali pandai jgk jerak tp aku? Hmm. Dia selalu ckp, ‘ tggu jodoh ja laa’, ‘ ndapyhla kapel2 ne yana, aku kan ada ko jgk.’ So sweet ohhh. Hehe. Sbg sesame hawa, ak fhm mksus ayat2nya tuu.  Sedih tp tidak di tunjuk  cantik imannya sbb dia tahu dan yakin jodoh sudah ada utk dia, suda tertulis kemas di luh mahfuz  dia yakin dgn Allah SWT. Ya Allah, berikan dia jodoh yg baik2, aminnnnn~

Kami serupa

Kami perempuan. Haha, mestilaa. Okeyy, kami bukan anak org senang dan kami cukup bahagia. Sebab tu lah kami suka cari duit sendiri. Kami perlukan KFC, hehehehe. kami suka janji lepas zohor ( jam 1) tp jam1 baru naik bas, then kami suka share duit baru mkn/ minum seadanya. Kami sedih klu harus berjauhan. Hikhik. Kami ada kakak yg suda kawin, tinggal kami lg. yeayyyy!! Kami jeles tgk si tudung labuh. Kami suka beli barang yg murah2 jeaaa tp nda lago2 okeyyyyyy. Kami pasang azam utk study tinggi2 insyaAllah, mau kasi senang ibubapa dulu. Kami mau ustaz2, hehehehe. aminn. Kami saying kami. That’s all. Itulaa kami.

Kesimpulannya, ukhuwah itu indah. Tidak perlu pun BFF dgn lelaki utk dptkan nilai shbt yg hebat okeyyy. Lillahitaala, it will be fine~

11/02/2012 – HZ sampai dr kampong minta d kol, tau2 aja gue lg kangen. Hahahaha. <3

p/s sesungguhnya ukhuwah kerana Allah itu tersangatlah indah :')

Saturday 5 May 2012

saya tahu saya tidak cantik :')

 
بسم الله الرحمن الرحيم


 
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..

p/s: ''Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).