ahli syurga, insyaAllah :)

Saturday 26 May 2012

cerita malas selepas subuh. hehe :)

بسم الله الرحمن الرحيم

 
hee :) aku lah insan yg dulu sgt lah mls bangun subuh. haha. and honestly, selalu tinggal solat subuh. hmm. teruk kan? -.- tapi teringat kan azab yg menanti iaitu neraka Saqar menjadi milik tanpa rela, padahal aku sgt mengimpikan al Jannah yg mengalir sungai-sungai di bawahnya. aku gagahkan jua mentarbiyah diri. klu bukan sekarang bila lagi. yg penting, istiqamah :') 


Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” dan, para fuqaha’ juga memakruhkan tidur selepas solat subuh.

teringat juga pesan mak ' anak dara ndak bagus tidur pagi-pagi, pegi cuci kain, kemas rumah bla bla bla ' hehe. betullah kehidupan harian kita adalah mehnah dari Allah ( didikan terus ) tanpa kita sedar kan. alhamdulillah tersedar jua aku sblm terlambat :')

Rasulullah SAW juga pernah bersabda ketika melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

so, waktu lepas subuh sesuai utk mencari rezeki, bukanlah maksudnya pergi kerja. pergi cari sarapan pun the same thing kann :') hehehe. cari jodoh tu jauh sekali. okelahh, makin lama makin mengarut. huaa ~

p/s rajinkanlah solat subuh :) slow slow, Allah SWT pasti tolong .
 

No comments:

Post a Comment