ahli syurga, insyaAllah :)

Saturday, 26 May 2012

cerita malas selepas subuh. hehe :)

بسم الله الرحمن الرحيم

 
hee :) aku lah insan yg dulu sgt lah mls bangun subuh. haha. and honestly, selalu tinggal solat subuh. hmm. teruk kan? -.- tapi teringat kan azab yg menanti iaitu neraka Saqar menjadi milik tanpa rela, padahal aku sgt mengimpikan al Jannah yg mengalir sungai-sungai di bawahnya. aku gagahkan jua mentarbiyah diri. klu bukan sekarang bila lagi. yg penting, istiqamah :') 


Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” dan, para fuqaha’ juga memakruhkan tidur selepas solat subuh.

teringat juga pesan mak ' anak dara ndak bagus tidur pagi-pagi, pegi cuci kain, kemas rumah bla bla bla ' hehe. betullah kehidupan harian kita adalah mehnah dari Allah ( didikan terus ) tanpa kita sedar kan. alhamdulillah tersedar jua aku sblm terlambat :')

Rasulullah SAW juga pernah bersabda ketika melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

so, waktu lepas subuh sesuai utk mencari rezeki, bukanlah maksudnya pergi kerja. pergi cari sarapan pun the same thing kann :') hehehe. cari jodoh tu jauh sekali. okelahh, makin lama makin mengarut. huaa ~

p/s rajinkanlah solat subuh :) slow slow, Allah SWT pasti tolong .
 

Tuesday, 22 May 2012

KELEBIHAN REJAB

بسم الله الرحمن الرحيم
 
 
 
bulan Rejab merupakan  bulan ketujuh di dalam kalendar Islam dan tahun ini jatuh pada  21 MAY - 19 JUN 2012. Alhamdulillah diberi kesempatan utk bertemu dalam bulan Allah y g sangat dimuliakan. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman. :')
 
 
antara kelebihan bulan Rejab ialah :

1.Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.


2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.


3.Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.


4.Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.


5.Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.


6.Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.


7.Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.


8.Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.


dan diantara beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
 
 1.Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

2.Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

3.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

4.Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

5.Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
 


Doa Di Bulan Rejab:
1.Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.


2.Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

3.Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
 

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
 
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.


# bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. dan segala ibadah amalan yang dituntut dikerjakan ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.
inshaAllah :) Allah Maha Pengampun

Apa Khabar Jodohku?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimu bersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

p/s to my bakal imam, jujur aku ingin bertemu denganmu pada masa yg telah ditetapkanNya, dlm redhaNya :) semoga al Jannah mili kita, semoga kita dpt BERCINTA SAMPAI KE SYURGA. engkaulah pemilik cintaku setelah Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Sunday, 20 May 2012

Blog, Facebook & Twitter. all for Dakwah.


بسم الله الرحمن الرحيم



terkadang terasa ingin sekali aku meluah perasan di Fb tapi mengingatkan kata-kata Ustaz Azhar Idrus, lebih baik mengadu pada Allah. its true, Fb tidak boleh buat apa, hanya Allah yg Maha Mendengar keluh kesah hambaNya.

selepas satu, satu sindiran. tapi itu tidak mengapa. aku buat ini kerana Allah dan pasti aku mahu balasan dariNya. aku ingin membantu agama Allah ini dgn usaha kecil ini. semoga Allah jua membantu ku dlm mengharungi kehidupan di dunia yg penuh tipu daya ini. amin

sungguh, aku bukan insan yg baik. itu malaikat namanya. hehe. aku hanya ingin menjalankan amanah menyampaikan ayat-ayat Allah, berdakwah meneruskan perjuangan kekasih hatiku, Rasulullah SAW. semoga saja ia berjalan lancar. buat yg mnyindir, aku doakan kamu juga dibukakan pintu merasakan manisnya iman di jalan Allah ini. aminn

satu hari nanti, saat Allah menghisab amalan kita. aku cuma ingin usaha kecil ini turut sama ditimbangi. tiada yg lebih indah selain JannahMu, impianku, destinasiku. doakan aku ya sahabat ^_^

Dakwah,
bukan utk disesali kenapa bukan dari dulu, tapi mulakanlah sekarang berserta istiqamah
its all about what you get, you have to give. GIVE and TAKE lillahitaala.
'' samapaikanlah dariku walau sepotong ayat ''
thats we call DAKWAH.


p/s : anda juga boleh berdakwah, anda buat dan anda dapat. bila semuanya kerana Allah, pasti semua nampak indah. trust Him..