ahli syurga, insyaAllah :)

Thursday, 12 September 2013

OFFER ! ! ! MY OWN SALES, DO SUPPORT ME ;)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt semua. Alhamdulillah, dgn kudrat yg ada ana dapat buat jualan macam ni. Simple-simple ja, tapi inshaAllah dpt raih saham di sana. Ana jual, antum beli, sama-sama kita raih yeeee saham akhirat, hehe ;) Okayyyyy jom start promotion.

Yg ni tudung labuh. Ukuran [S,M dan L] dan warna boleh request. Sehelai cuma RM17 (exc postage)








TENGAH TUDUNG (DEPAN) SULAM TANGAN MACAM NI ;)





Yg ini. purdah half. just RM7 each. exc postage. Request warna pun boleh ;) Nak tali dan getah pun bolehhh, harga tetap sama.




Dan yang ni, 1set tudung labuh dan purdah half sekali. RM22 ONLY. exc postage. Pun boleh request warna.




Semuanya material KOSHIBO PEACH, kain lembut, mmg khas utk tudung.
Boleh pre-order dgn cara drop komen atau pm Fb Yana Eve, dm Twitter @CikYanaaaaa atau paling senang terus sms 0148665391. 

p/s : Next entry ada niqab yaman dan banyak lagi. Nantikan yeee. Pastinya harga mampu milik! 




Thursday, 31 January 2013

All about Niqab~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. 





This is for renungan bersama utk para niqabis yg tidak dapat fulltime. Allah memahami hambaNya. :)


Purdah itu tiada kena mengena dengan islam dan tidak wajib dipraktikkan lagi. Ini adalah satu jawapan kepada syubhat dan fitnah yang timbul mendakwa purdah/niqab/menutup wajah tiada kaitan dengan Islam. Bacalah dan telitilah. Dan jangan menelan bulat-bulat kata-kata ini. Sesungguhnya kebenaran lebih kita cintai, Berhati-hati! Jangan kita menjadi penghina pakaian yang dipakai oleh ibu-ibu wanita beriman iaitu isteri-isteri Rasulullah SAW.


Dalam masalah ini, para ulama berbeza pendapat. Sebahagian mengatakan wajib, yang lain menyatakan tidak wajib, namun merupakan keutamaan. Maka di sini -insya Allah- akan kami sampaikan hujjah masing-masing pendapat itu, sehingga masing-masing pihak dapat mengetahui hujjah (argumen) pihak yang lain, agar saling memahami pendapat yang lain.


DALIL YANG MEWAJIBKAN Pemakaian PURDAH


1. Firman Allah subhanahu wa ta'la ; وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka.” (QS. An Nur: 31) Allah ta'ala memerintahkan wanita mukmin untuk memelihara kemaluan mereka, hal itu juga mencakupi perintah melakukan jalan-jalan untuk memelihara kemaluan. Ini kerana menutup wajah termasuk jalan untuk memelihara kemaluan, maka juga diperintahkan, kerana jalan/wasilah memiliki hukum tujuan. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 7, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim). 

2. Firman Allah subhanahu wa ta'ala ; وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripada mereka.” (QS. An Nur: 31) Ibnu Mas'ud berkata tentang perhiasan yang (biasa) nampak daripada wanita: "(iaitu) pakaian" (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al Adawi, Jami’ Ahkamin Nisa' IV/486). Dengan demikian yang boleh nampak daripada wanita hanyalah pakaian, kerana memang tidak mungkin disembunyikan.

 3. Firman Allah subhanahu wa ta’ala ; وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada (dan leher) mereka.” (QS. An Nur: 31) Berdasarkan ayat ini wanita wajib menutupi dada dan lehernya, maka menutup wajah lebih wajib! Ini kerana wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yang bijaksana ini memerintahkan wanita menutupi dada dan lehernya, tetapi membolehkan membuka wajah? (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 7-8, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin, penerbit Darul Qasim).


 4. Firman Allah subhanahu wa ta’ala: وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَايُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ “Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (QS. An Nur: 31) Firman Allah subhanahu wa ta’ala: Allah melarang wanita menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasannya yang dia sembunyikan, seperti gelang kaki dan sebagainya. Hal ini kerana dikhuatiri lelaki akan tergoda gara-gara mendengar bunyi gelang kakinya atau semacamnya. Maka godaan yang ditimbulkan kerana memandang wajah wanita cantik, apalagi yang dihias, lebih besar daripada sekadar mendengar suara gelang kaki wanita. Sehingga wajah wanita lebih wajar untuk ditutup untuk menghindari kemaksiatan. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 9, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin, penerbit Darul Qasim)


5. Firman Allah subhanahu wa ta'ala; وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ اللاَّتِي لاَيَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (daripada haid dan mengandung) yang tiada ingin khawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nur: 60) Wanita-wanita tua dan tidak ingin kahwin lagi ini diperbolehkan menanggalkan pakaian mereka. Ini bukan bererti mereka kemudian telanjang. Tetapi yang dimaksud dengan pakaian di sini adalah pakaian yang menutupi seluruh badan, pakaian yang dipakai di atas baju, yang baju wanita umumnya tidak menutupi wajah dan telapak tangan.Ini bererti wanita-wanita muda dan berkeinginan untuk kahwin mesti menutupi wajah mereka. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 10, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin, penerbit Darul Qasim). Abdullah bin Mas'ud dan Ibnu Abbas berkata tentang firman Allah "Tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka." (QS An Nur:60): "(Iaitu) jilbab". (Kedua riwayat ini dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/523) Dari 'Ashim Al-Ahwal, dia berkata: "Kami menemui Hafshah binti Sirin, dan dia telah mengenakan jilbab seperti ini, iaitu dia menutupi wajah dengannya. Maka kami mengatakan kepadanya: "Semoga Allah merahmati anda, Allah telah berfirman, وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ الاَّتِي لاَيَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ نَّعَلَيْهِ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ "Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (daripada haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan.” (QS. An-Nur: 60) Yang dimaksud adalah jilbab. Dia berkata kepada kami: "Apa firman Allah setelah itu?" Kami menjawab: وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ "Dan jika mereka berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha .” (QS. An-Nur: 60) Dia mengatakan, "Ini menetapkan jilbab." (Riwayat Al-Baihaqi. Lihat Jami' Ahkamin Nisa(IV/524)


 6. Firman Allah subhanahu wa ta'ala ; غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ “Dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan.” (QS. An-Nur: 60) Ini bererti wanita muda wajib menutup wajahnya, kerana kebanyakan wanita muda yang membuka wajahnya, berkehendak menampakkan perhiasan dan kecantikan, agar dilihat dan dipuji oleh lelaki. Wanita yang tidak berkehendak seperti itu jarang, sedang perkara yang jarang tidak dapat dijadikan sandaran hukum. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 11, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al- 'Utsaimin, penerbit: Darul Qasim). 


7. Firman Allah subhanahu wa ta’ala: يَآأَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلاَبِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللهُ غَفُورًا رَّحِيمًا “Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzab: 59) Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, "Allah memerintahkan kepada isteri-isteri kaum mukminin, jika mereka keluar rumah kerana suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dengan jilbab daripada kepala mereka. Mereka dapat menampakkan satu mata saja." (Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan bahawa perawi riwayat ini dari Ibnu Abbas adalah Ali bin Abi Thalhah yang tidak mendengar dari ibnu Abbas. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/513) Qatadah berkata tentang firman Allah ini (QS. Al Ahzab: 59), "Allah memerintahkan para wanita, jika mereka keluar (rumah) agar menutupi alis mereka, sehingga mereka mudah dikenali dan tidak diganggu." (Riwayat Ibnu Jarir, dihasankan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/514) Diriwayatkan Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, "Wanita itu menghulurkan jilbabnya ke wajahnya, tetapi tidak menutupinya." (Riwayat Abu Dawud, Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan: Hasan Shahih. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/514) Abu 'Ubaidah As-Salmani dan lainnya mempraktikkan cara menghulurkan jilbab itu dengan selendangnya, iaitu menjadikannya sebagai kerudung, lalu dia menutupi hidung dan matanya sebelah kiri, dan menampakkan matanya sebelah kanan. Lalu dia menghulurkan selendangnya dari atas (kepala) sehingga dekat ke alisnya, atau di atas alis. (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/513) As-Suyuthi berkata, "Ayat hijab ini berlaku bagi seluruh wanita, di dalam ayat ini terdapat dalil kewajipan menutup kepala dan wajah bagi wanita." (Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 51, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).


Manakala bagi hadis pula:



Dalil yang paling banyak dibentang dalam mana-mana buku tentang AURAT WANITA ialah hadis riwayat Saidatina Aishah bahawa Nabi bersabda kepada Saidatina Asma’, “Wanita apabila sudah baligh seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali ini dan ini". (Rasulullah s.a.w menunjukkan muka dan tangan).
Setelah berbincang, kami berpendapat seperti berikut: Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, oleh yang demikian kami rujuk kitab hadis Abu Daud dan mendapati bahawa Abu Daud mengatakan bahawa hadis ini mursal iaitu terputus sanadnnya, oleh yang demikian, tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana Khalid bin Duraik dikatakan tidak berjumpa dengan Saidatina Aishah r.ha. Oleh yang demikian, hadis ini tidak dapat menyangkal ayat al-Qur’an yang ditafsirkan oleh Ibnu Abbas dan tidak pula bertentangan dengannya. Ini adalah kerana tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana Abu Daud sendiri yang meriwayatkannya dan tidak pasti kesahihannya.



Dalil yang mengatakan seorang wanita telah menemui Rasulullah s.a.w semasa ihram untuk bertanyakan soalan, kemudian Fudhail bin Abbas melihat wanita itu. Rasulullah memusingkan wajah Fudhail ke arah lain supaya tidak memandang wanita itu. Ini adalah kerana wanita itu tidak memakai purdah. (Pertikaiannya ialah Rasulullah tidak mengarahkan wanita itu berpurdah sebaliknya hanya memusingkan wajah Fudhail)
Kami berpendapat seperti berikut: Hadis ini dipertikaikan oleh ulama’ yang menghukum tidak perlu menutup muka ialah kerana Rasulullah tidak memerintahkan wanita itu menutup muka sebaliknya hanya menolehkan wajah sahabatnya Fudhail. Manakala menurut ulama’ yang menghukum wajib menutup wajah mengatakan bahawa ini berlaku ketika ihram. Sebagaimana kewajipan memakai purdah adalah terkecuali ketika solat dan ihram, maka wanita ini tidak wajib berpurdah kerana sedang berihram. Sebab
itu, Rasulullah hanya menolehkan muka sahabatnya dan tidak memerintahkan wanita itu menutup mukanya. Oleh yang demikian kedua-duanya mempunyai hujah yang seimbang. Wallahua’lam.




Dalil ketiga ialah selepas menunaikan Solat Hari Raya, Rasulullah berkhutbah, seorang wanita bangun dan bertanya soalan kepada Rasulullah, dalam hadis ini menyatakan bahawa wanita itu wajahnya kemerah-merahan. (pertikaiannya, Rasulullah tidak menyuruh wanita itu berpurdah, sebaliknya hanya menjawab soalannya)




Kami berpendapat seperti berikut: Hadis ini menjadi hujah bagi yang mengatakan pemakaian purdah tidak wajib kerana wajah wanita yang berdiri itu kemerah-merahan, oleh yang demikian ia jelas terbukti wajahnya kelihatan. Namun pendapat ini dipertikaikan oleh ulama-ulama’ yang menghukum wajibnya purdah kerana hadis ini tidak tercatatkan bila, oleh itu terdapat kemungkinan ia berlaku pada solat hari raya antara tahun-tahun sebelum tahun kelima hijrah. Ini adalah kerana kewajipan menutup aurat diperintahkan pada tahun kelima hijrah sedangkan kewajipan solat hari raya pada tahun kedua atau ketiga hijrah. Selain itu, wanita ini juga berkemungkinan telah tua bangka kerana wanita yang telah menopause atau tiada berkeinginan berkahwin diizinkan menanggalkan purdahnya berdasarkan ayat al-Qur’an Surah an-Nur ayat ke-60. Oleh itu kedua-dua hujah adalah seimbang. Wallahua’lam.


Kesimpulannya, kami berpegang pada aurat wanita yang wajib ditutup adalah seluruh tubuh kecuali mata di hadapan lelaki ajnabi kecuali ketika solat dan ihram.



Oleh yang demikian tiada pertikaian mengenai menutup dahi atau tidak dan memakai sarung tangan atau tidak. Bagi yang berpegang pada sunat, perlulah berdasarkan dalil yang rajih yang telah dikaji begitu juga bagi yang berpegang pada wajib perlulah didasari kajian dan penelitian dalil yang adil dan bukan ikut-ikutan.


Bagi mereka yang berpegang pada wajib, namun tidak mendapat restu ibu bapa. Wajib berpurdah kerana kita bertanggungjawab pada Allah bukan pada manusia. Walaupun ibu kita menangis dan memulaukan kita. Kita wajib taat pada Allah. Tidak ada ketaatan pada ibu bapa di atas perkara-perkara maksiat. Adalah kemaksiatan bagi seorang ibu menyuruh anaknya menanggalkan purdah sedangkan anaknya berhukum pada wajib berdasarkan dalil yang paling rajih yang telah dikajinya. Oleh yang demikian seseorang itu tidak boleh dipaksa untuk meninggalkan mazhab pegangannya.



 Jika dia berpegang pada wajib memakai purdah, maka tiada sesiapa boleh menghalang atau mengatakan ia wahabi atau ekstremis (berlebih-lebihan). Ini adalah kerana setiap orang ada mazhabnya sendiri dalam Fiqh, dan oleh itu tidak boleh mengatakan orang salah atau menuduh sembarangan atau menuduh orang lain berlebihan hanya kerana ORANG LAIN YANG BERBEZA PANDANGAN sedangkan dia telah mengkaji tentang hukum tersebut. 


Maka, wajib atau sunat itu pendapatnya. Begitu juga apabila seseorang itu telah mengkaji bersungguh-sungguh tentang hukum purdah dan menghukum ia sebagai sunat, maka tiada sesiapa boleh memaksanya. Ini hanya dalam hal jika ia TELAH MENGKAJI DAN MENDALAMI ILMU MENGENAINYA.


Friday, 21 December 2012

Story of Niqab


بسم الله الرحمن الرحيم


Okayy, tajuk entry kali ni is NIQAB? Yep, niqab! I am not a niqabis, tapi kalau Allah izinkan, saya ada perancangan utk berniqab, and ekcely I already have my own niqab *prepare awal2* hehe.

This is my own lukisan wajah by my bro. Di niqabkan officially :)


Kini, niqab sudah jadi macam trend. Sana sini org berniqab, just niat ja yg kita tak tahu. LillahiTaala or nak nampak comel. Husnudzon  Kalaupun niat nak Nampak comel, apa yg dorang buat tu benda baik, insyaAllah, Allah akan bukakan pintu hati dorang utk betulkan niat. Bersama kita doakan yg terbaik buat saudari kita. Honestly, para niqabis mmg comel. Even just mata ja yg Nampak :) saya ada ramai sahabat niqabis in Twitter abd even dekat Fb. Saya sygg dorangg sgt. 


Dan buat saya, insyaAllah saya akan pakai bila saya sudah sedia. Doakan saya, ya. Mungkin bila dah kawin nanti, hewhew. *mula sudahhh* bagi saya, mereka yg ambil keputusan utk berniqab fulltime is very strong women!! Yelahh, kecantikan mereka hanya buat yg halal only. Sementara ramai wanita yg suka tayang kecantikan mereka buat yg bukan muhrim. Astaghfirullah, maksud saya disini aurat mereka. Semoga Allah bukakan pintu hati mereka utk menutup aurat.


Apa yg ada pada kecantikan semata, kerana Allah melihat pada hati cuma. Hati, dimana letaknya iman seseorang.  Bukan pada cantik wajahnya or even pakaiannya. Ingat ni, ye.



Dan buat mereka yg berniqab part time. I mean, yg tak dapat pakai time sekolah or kuliah. Allah tahu niat kamu. Golongan seperti ini sering dihentam akhir-akhir ini olah mereka yg hanya tahu mengkritik tanpa usul periksa. Sedih dengan tuduhan melulu mengatakan mereka ni kejap pakai, kejap buka. Manusia kini, susah nak cakap. Suka saya katakan disini, kita memang dlm Negara Islam tapi sungguh saya tidak tahu dimana silapnya sehingga tidak dibenarkan utk berniqab. Hmm :’/


Niqab is Sunnah like Smile is Sunnah. Niqabis juga manusia biasa okay, dan mereka hanya mencontohi pakaian sunnah isteri Rasulullah SAW. Mulia ke tak mulia namanya tu. Sebelum menghentam, please selidik dulu ye. Dan saya tahu, utk isu ini, para niqabis sudah memaafkan golongan seperti ini. Hati wanita lembut. Bersyukurlah wahai pengkritik sekalian .


p/s : Ini sahaja utk entry kali ini. Salam buat para niqabis  Allah saying org yg sabar… Saya juga menyayangi anda fillah ;’)

Friday, 14 December 2012

Semester 3 alreadyyy :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Sudah masuk semester 3. Hah? Result semester 2? Okay, Alhamdulillah. Even cukup cukup makan, Allah yg banyak bantu dalam exam tu. Sungguh.. tengok ja result, terus tersungkur kat sejadah buat sujud syukur. Alhamdulillah. Syukran ya Rabb :’)





Utk sem3 ni, perjuangan lain pula  kalau sem2, baru berjinak-jinak ikut program Kelab Islah.masih boleh tidur awal, kerja ala kadar ja. Sekarang, mungkin lebih kuat tarbiyyah. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab mahu handle sesebuah program bukan senang. Saya pernah tengok senior saya sampai tidak tidur beberapa malam utk 1 program ja. Sekarang, senior yg kuat dan mantap semua dah habis pengajian, senior lain Praktikal. Yg ada, kami kami ja dan junior lainnya. Allahu~




Dengan subjek Sem3 yg heavy heavy lagi. Inilah masanya utk membantu agama Allah. Percaya pada Surah Muhammad ayat 7. Saya kenal surah ni sem lepas. Jahil kan saya? Hmm :’/ start dari situ, saya rajin-rajinkan diri buat gerak  kerja Islam. Ada program, ikut. Apa kerja, saya ikut, buat. Naqibah pesan, even kita dibawah unit ekonomi, persiapan pentas pun kita kena tolong. Means, dalam kerja Islam, tak khusus kalau nak buat kerja, basic Islam sendiri syumul (menyeluruh) Niat kerana Allah, kita buat, kita tolong. Peduli kata orang, Allah tahu apa dalam hati kita. 




p/s : Semoga diri ini lebih kuat dalam mengenal erti perjuangan. Allahuakbar. Allah telah campakkan aku disini, dan disinilah aku berusaha berjuang dengan semangat. Bukan dengan janji manis. *macam kerajaan* ahahaii~


Monday, 3 December 2012

Sahabat Fillah. You are such wonderful person I ever met.

بسم الله الرحمن الرحيم



Sahabat,
Kita punya satu tujuan..
Mardhatillah :’)
Ya, redha Allah!
Restu Allah,
Jua Rahmat Allah..


Sahabat,
Pimpin daku menuju Jannah..
Inginku bersamamu di sana..
Daerah selamanya..
Buat kita menyambung.. 
kasih dan cinta Fillah..


Sahabat,
Ku berdoa dan bersujud..
Dalam tahajjud kasih pada Ilahi..
Agar dapat bertemu ramai lagi..
Sepertimu….


Sahabat,
Maafkan diriku..
Jika tingkahku membuatmu terasa..
Terguris jua sedih..
Aku hanya insan biasa..
Yg mencari kesempurnaan..
Dalam persahabatan kita..


Sahabat, 
Dalam senang engkau bersama..
Bila susah, kau sentiasa ada..
Perjuangan kita takkan pernah berakhir,
Selagi kemenangan agung masih dalam hijab..
Syurga? Itu tujuan!


Sahabat,
Aku ikhlaskan diriku..
Menyayangimu kerana Allah..
Mungkin dulu aku tidak mengerti..
Engkaulah yg membuatku tabah..
Dalam erti satu kata..
Ukhuwah Fillah..
Persahabatan dalam tali ikatan Kerana Allah..


p/s   : ya Allah. Sesungguhnya Engkau jua yg mendengar doa hamba-hambaMu. Jadikan diriku seorang sahabat yg miliki sekeping hati utk  terus mengingati dia, dan sepasang tangan utk terus mendoakan dia, Sahabat Fillah ku .. Allahumma Aamiin

Friday, 30 November 2012

Ada apa dengan cincin?


بسم الله الرحمن الرحيم

Aiyokkkk, hehew. Tajuk entry kali ni mengada sikit. Yg bertahan, boleh teruskan membaca. Yg tidak, dipersilakan terus scroll utk baca entry lain. Ahahai . Sebenarnya, entry dengan tajuk ni mengingatkan saya pada seseorang. Siapa? Biarlah hanya Allah yg tahu. Biarlah tersimpan rapi. Bak kata Siti, biarlah rahsia. 






Cincin? Sebenarnya mampu membuatkan org salah faham.  Belum apa apa, boleh ja orang sangka kita ni sudah bertunang and sudah kahwin. Ya, ada jugakk. Jangan hairan. Pakai cincin ni sebenarnya sunnah Rasulullah SAW tapi rasanya utk para Adam ja lah, Hawa tidak.



Dulu, saya niat pakai cincin dijari manis. Supaya bila orang Nampak, orang akan sangka yg saya sudah bertunang. Hmm, sebenarnya niat tak nak diganggu ja sebenarnya. Tapi, sebenarnya, niat itu terang terang salah. Allah tidak pernah suruh kita buat macam tu kalau mahu jaga diri, banyak cara, tapi bukan dengan cara begitu, itu dikira MENIPU. Lagi menyusahkan kita dapat jodoh, lagi ada.  Pengajaran buat diri saya, dan mungkin juga anda…



Dan pernah saya tertengok seorang sahabat post dalam Fb gambar cincin. Okayyy, ntah betul atau tidak dia sudah bertunang. Tapi itu okay lagi. Yg lagi teruk, buat relay engaged padahal tiada apa-apa hubungan sah. Malas mau ulas banyak-banyak, nanti ada yg terasa. Aasiif ya.



p/s: Cincin pebret : Batu bentuk hati. Cincin sah: cincin yg tersarung bila tiba masanya (lafaz sakinah). Hehe. SubhanAllah :’)

Monday, 26 November 2012

Alhamdulillah. Love this Program :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Lama rasanya tidak update blog, maklumlah busy dgn assignment, and baru ja habis Final Exam utk Sem2. Huahua. *busy laa sangat*. Btw, Alhamdulillah sangat, everything flow so easy.
Entry kali ni, ana mau story pasal Kem Kepimpinan Pendakwah Muda anjuran Kelab Islah PKK with Jakim.  Ana salah satu pesertanya, kem yg byk mengajar ana erti ukhuwah. SubhanAllah, ukhuwah dan berkawan biasa itu sgt jauh bezanya, jauh. Bila terasa sikit, kita tetap ikhlas memaafkan kerana Allah. Maha Suci Allah yg melahirkan perasaan yg cukup indah ini dlm menjalinkan ukhuwah bersama sahabat2 ana yg comel2. Hehe.



Kem ini juga byk mengajar ana utk berani dlm amar makruf nahi mungkar. insyaAllah, demi agama Allah, ana cuba sedaya upaya utk membantu agama Islam yg benar ini. Ana juga dpt lihat betapa hebatnya para syuhada disana mempertahankan agama Allah melalui lagu tema Kem ini, Allahuakbar!! Sungguh, bila semua kerana Allah, tiada yg mampu menghalang niat suci seseorang. Kalau mereka disana sanggup bergadai nyawa utk agama Allah, kenapa tidak kita di Negara yg aman damai ini, hanya perlu korbankan sedikit tenaga utk menyebarkan kebenaran. Kita boleh, hanya tajdid niat, dan kita pasti boleh. Allah bersama mereka yg sabar dlm menyampaikan kebenaran dgn kesabaran. Allahu Allah :’)


Captured at Kundasang :') SubhanAllah


tag tag tag


Sebelum bertolak :)


Antara program Semester ini. Alhamdulillah


Maghrib's view there, Cantikkkk. SubhanAllah


Insan terpilih. Syukran ya Rabb


THIS insyaAllah :')


Ini bukan denda, inilah Tarbiyyah :')

Sahabat till Jannah. Aamiin :')

Sahabat :')


Tag tag tag tag :) Kami peserta. kami dengar, kami patuh :)


KAMI :)


Taklimat. Pengisian :)


Before balik Poli :)


p/s : Alhamdulillah, Terima Kasih Allah kerana memilih ana utk join kem ini, ana yakin setiap sesuatu yg berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Alhamdulillah :’)

Friday, 12 October 2012

Story about Sophian Bin Mohd :)


jasamu ayahku 
titisan keringatmu menyubur kehidupan
dan berjemur panas tidak kau endahkan
dirimu tetap gigih menuai rezeki
menjadikan mimpi satu realiti….
Biar ku tawan ombak yg berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin terbalas
Segala jasa yg tidak ternilainya
Oh ayah, akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak ku siakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua.


Jasa ayah
Ayah, bapa, daddy, abah, mcm2 kan kt pggil seorang insan yg byk berjasa dlm hidup kita sbg anak. Tp kdg2, kita lupa kan, kita lebihkan emak. Itu mgkin kerana mak selalu dgn kita. Tp tanpa ayah, tidak mungkin kita dapat dilahirkan di dunia ini. Kan2?
aku bkn laa lahir dari keluarga senang, tp bersyukur dpt lahir di dunia sebab bapak ku yg tersayang. Hehe, wlupun skt2, dia selalu usaha utk cari rezeki. Aku ingat lg, dulu masa kecil2, bapak selalu ckp dgn adik beradik yg lain, ‘ anakku ne, jgn kmu kacau2’ sambil memeluk erat. Hehe, sosuwit kan. tp besar2 skg ne, tiada sudah, rindu~ semakin kita dewasa, semakin jauh kita dgn ibubapa.
Utk smbung stdy, bapak la yg paling berusaha utk ak dpt masuk Mahsa hari tu, kdg2 berat rasanya mau minta kirim duit sbb tau dorang pun susah d sana, tp bapak sendiri yg tanya, ‘masih ada duit mu ka? Pandai2 belanja ya nak, bapak bkn mcm bapak org lain, ada gaji bulan2.’ Meruntun hati klu dgr bapak ckp begitu.
Belum hbs satu sem d Mahsa, aku dpt tawaran poli, bapak bg pilihan mau teruskan Mahsa atau msuk poli. Memikirkan poli yg lg murah dan rasanya dpt survive, terpaksa la ak buat pilihan utk masuk poli, bapak jgk la yg bersusah pyh cari duit utk yuran. Sedihh. Oleh sebab ak pilih keputusan begitu, ak pun berusaha la cari keja tolong2 bapak ku, ak kan suda besar, lgpun ak suda biasa bekerja, Alhamdulillah dpt keja d Lover Cake House sbg pembuat swiss Roll, yeahhhh. Best keja sana, wlupun skjp 2bln, dptlaa bantu2 utk belanja ku d poli nti. Hehe. Bangga ak jd anak org susah, sbb keja2 part time ne biasa suda, hehe.
Pernah jugak ak minta tolong bapak kirimkan surat2 adik-adikku utk pinjaman, bapak ckp, ‘ esoklaa bapak pegi kirim yaa, masih adaka jgk duit mkn mu?’. Sekejap ja anak2 minta, klu boleh pasti bapak buat secepatnya, tp klu kita ne, emmm, ‘na, suda sembahyg ka?’, ‘ sekejap. Pak. Kasi hbs dulu ne, mau hbs suda ne’. padahal yg kita d suruh tu bkn utk dia pun, utk kita jgk kan.
Lg satu, ak bersyukur sgt dpt bapak yg bg ak cukup ilmu agama, solat jgn tinggal, klu tinggal, hahaha, lepas maghrib jumpa d bilik dpt ceramah formal free. Besttt! Hehe, klu berjalan p bndar try la blk lmbt klu mau d bebel. Tp bapak nda pernah pukul ak teruk2. :p mgkin ak yg nda perasan, jasa bapak tersirat, nda sama mcm jasa mak. Hehe.
Mgkin ak la anak bapak yg plg menyusahkan selama hmpir 20 tahun ne kan, hehe. Maaf ya bapak ku yg tersayangg. Ak janji, ak study sungguh2, dgn izin Allah SWT, ak tunjuk kejayaan sama bapak ya, aminn. Dan ak usaha utk jadi anak yg baik dan solehah, supaya bila nanti bapak layak ke Jannah Allah, aku bukan penyebab utk bapak undur kaki kerana auratt. akan aku usahakan istiqamah utk bapak. insyaAllah. ilysm :)


p/s : Ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang. Kasihilah kedua ibu bapaku bagaimana mereka mengasihiku dari kecil hingga kini. Panjangkan lah usia mereka dan berikanlah aku kesempatan utk membalas jasa2 mereka yg tidak ternilaikann, aminn ya Rabb.

Saturday, 22 September 2012

This is my new life. Alhamdulillah :')

بسم الله الرحمن الرحيم
Today is my birthday. 22 Sept :( Alhamdulillah, seorang sahabat kata saya sambut birthday tahun ne dgn wajah baru, hewhew -.- Bagi saya,iman di dada yg kena upgrade bila meningkat tua dan mendekati kematian :') Semoga Allah permudahkan diri hamba yg hina ini dekat padaNya yg Maha Suci.



kek berangan. haha. sekadar gambar hiasan, cute ja barbie tutup aurat kann :)


Terima Kasih Allah, sincerely, me :)


 I am a muslimah blogger :)


 This is my classmate Dip Acc @ PKK , sekarang Sem2 sudahh. happy with them. :)


  perkenalkan cik Misbah Amin yg gilaa, hehe. (^^,) v peace

 inilah baju kuliah saya :) jubah mak jahit, tudung labuh yg comel ne kakak wakafkan, Alhamdulillah. now i know how happy Muslimah with this dress

 ne pulak BFF saya :) kwn dari sekolah menengah lagi. thanks guys terima sy seadanya..


# Terima Kasih Allah hantar mereka buat saya. :')




Friday, 3 August 2012

Muslimah, Just The Way You Are :))

 بسم الله الرحمن الرحيم


Damn, I miss it...
The time when you looked so beautiful,
When, the cover you wear was long enough,
When, your words were carefully spoken,
When, your dress was so modest,
While in the real arena you were such a ferocious lioness, a real mujahidah,
I love that time, I love you just the way you are.


Damn, I miss it...
When you are not trying to look beautiful, you are,
When you quickly put your cover down when the winds blew it hard,
When you take another route just to avoid the opposite group,
I miss to see that calm sweet face,
I miss it when your face saddened by the reminders of God,
And I love you just the way you are.


Damn, I miss it...
When I tried to steal a look at your face,
I see tears rolling out with your hands up, praying,
When you deviate the gorgeous grey eyes away the moment yours met mine,
When you take no single glance at me when we pass by each other,
I love the way you talk to me, such composure and grace,
I love when your heart was so fragile to the Holy Words,
I love that time, I love you just the way you are.


But now, I don't know what I am feeling,
The love is starting to fade, or what?
Jealous? Dissapointment? Hope?
I don't know...
It hurts me a lot, it's silently killing me inside.


Every single time I saw you in that apparel,
Every single time I saw you mingle freely without boundaries with the opposites,
Every single moment I saw that words coming from your precious lips,
Please, this is not the girl who I'd known before,
But still, remnants of my love are still there, I'm sure!


I really want you to be my company in this perilous journey,
I really want you to be at my side, sharing love and care,
I really want you to be the mother of my children,
I really want you to be my guidance to His Love,
Even death cannot do us apart, because we will reunited in God's Glorious Gardens.



But girl, please! I really love you just the way you are at that time,
The time when you looked so beautiful,
When I saw you at that time,
There's not a thing that I would change,
Cause' you are amazing, just the way you are,
The way of a Muslimah.

# someone those really love you will accept you just the way you are, right?
 

Thursday, 2 August 2012

Satu Fikrah Satu Perjuangan :) insyaAllah Taala

بسم الله الرحمن الرحيم





Lumrah sang makhluk, punya perasaan CINTA. Ingin cinta mencintai. Cinta antara manusia telah tercipta sejak Adam dan Hawa diciptakan. Hakikatnya, cinta itu telah hadir lebih awal daripada hakikat penciptaan manusia. Cinta daripada sang Pencipta. Dialah yang menciptakan rasa cinta dengan fitrah bahagia, rindu, dendam, gembira dan segala rasa bisa terbias dek perasaan cinta.


Namun, saat sang hamba diuji cinta mereka kepada sang Pencipta...ada yang tewas. Mereka khilaf dalam memilih antara cinta manusia dan cinta Allah S.W.T. Mereka rela meninggalkan tarbiyah kerana cintanya kepada manusia. Apakah cinta Allah S.W.T berhak dipisahkan daripada hati manusia yang kontang ini? Tiadakah tempat di hati ini untuk-Nya? Apakah kedudukan-Nya serendah makhluk ciptaan-Nya sehingga boleh disisihkan sebegitu sahaja?


Hanya segelintir manusia yang melepaskan rasa cintanya terhadap manusia demi rasa cinta yang agung kepada Allah S.W.T. Malangnya, lebih ramai manusia yang melepaskan cinta kepada Allah S.W.T hanya kerana seorang manusia yang kononnya 'sanggup sehidup semati bersama-sama'. Sedangkan, Allah S.W.T tetap mencintai setiap hamba-Nya...


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [At-Taubah 9:24]


Wajarkah kita meletakkan syarat terhadap cinta terhadap cinta kita kepada Allah S.W.T? Tegar hati yang Allah S.W.T pinjamkan ini meletakkan kedudukan setitis mani yang hina lebih tinggi dari-Nya...


Bukanlah cinta itu dihalang...apatah lagi dilarang. Malah, cinta itu dimuliakan. Bukankah berbeza cinta yang ditemui di jalanan berbanding cinta yang kita temui setelah meredah onak duri dan lautan ujian? Nikmatnya jauh lebih indah...lebih manis...insya-Allah kekal hingga ke syurga..


Justeru, di saat Allah S.W.T melamar kita dengan tarbiyah-Nya, tidakkah kita merasa rugi sekiranya tarbiyah ini hilang disebalik tirai cinta manusia yang rapuh. Bukankah rusuk yang bengkok ini dibengkokkan sesuai dengan keperluannya? Menunduk penuh ketaatan kepada suaminya yang menyerahkan seluruh jiwa kepada Yang Maha Esa.

Aku wanita mujahidah sejati,
Yang tercipta daripada tulang rusuk lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad,
Kelak akanku pergi mendampinginya di bumi Jihad.


Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukan,
Cinta Allah S.W.T, Rasul S.A.W dan jihad fisabilillah,
Aku rela berkelana mengembara dengannya untuk melindungi Diinullah,
Ikhlas menyebarkan dakwah ke segenap penjuru bumi Allah S.W.T.


Aku wanita mujahidah pilihan,
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh tawadhuk,
Kelak bersamanya akan kuharungi bahtera lautan jihad.


Andai tidak siap bisa kau pilih,
Agar kelak batin dan jiwa ragamu tidak terusik,
Terbeban dengan semua tingkahku,
Meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu,
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu.


Biar hidup terasing di dunia asalkan di akhirat kita bahagia,
Bila aku setuju dan kau tidak meraguiku,
Bulat tekadku untuk menemanimu,
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota.


Meniti jalan panjang di medan jihad,
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah,
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang,
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu,
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu.


Aku wanita dari bumi Jihad,
Dengan bekalan semangat berangkat ke padang jihad,
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati,
Tepiskan semua mimpi yang tidak bererti.


Kerana tidak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri,
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan,
Yang melepaskanku dengan sepotong doa,
Meraih syahid adalah tujuan utama.


Tidak mungkinku pilih dirimu sekiranya dunia dambaanmu,
Lupa kampung halaman dan sanak-saudara,
Tidak mungkin aku memilihmu,
Bila yang fana lebih kau cintai.

# insyaAllah. mujahidah setia mampu perjuangkan sebuah fikrah :)

Wednesday, 1 August 2012

Yang bertudung Bukan Pilihan, Yang Menutup Aurat Jadi Idaman


بسم الله الرحمن الرحيم

" Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !"
" Haa? Kenapa?"
" Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."


Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.


Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.


Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.



Hayati kembali perintah Allah ini;
ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59]


Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.


Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.


" Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"
Ya.. memang cerewet ! hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.


Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.


Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;
"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,
" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]


Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?


Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.


" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna."


Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.


Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26]


Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.

# tutuplah aurat. buat apa yg Allah suruh pasti Allah sayangggggggggg :))

Tuesday, 31 July 2012

Banyak Ketawa, Menimbulkan Petaka.

 بسم الله الرحمن الرحيم
 
 
Dalam satu keterangan dikatakan bahawa orang yang banyak tertawa akan diseksa dengan sepuluh macam seksaan iaitu:

1) Hati akan mati

2) Tidak punya rasa malu

3) Disenangi oleh syaitan

4) Dibenci oleh Allah Yang Maha Penyayang

5) Dihisab pada hari kiamat

6) Dikutuk oleh malaikat

7) Dibenci oleh ahli langit dan bumi

8) Lalai dalam banyak hal

9) Nabi akan berpaling padanya

10) Akan mendapat rasa malu

.
Ketawa Rasulullah SAW adalah berupa senyuman. Kalau pun lebih dari gambaran senyuman, maka gusi beliau kelihatan ketika ketawa, dan itu merupakan ketawa yang merupakan karisma (keperibadian), tidak mengeluarkan suara, terbahak-bahak atau sejenisnya.
.

Daripada Aisyah r.a., dia berkata: "Sekali pun aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berlebih-lebihan ketika ketawa hingga aku lihat anak lidahnya. Ketawa beliau hanya berupa senyuman." (HR Bukhari & Muslim). Daripada Abu Dzar r.a., dia berkata: "Rasulullah SAW tidak pernah tertawa selain daripada senyuman" (HR Muslim & Ahmad)
 

Daripada Abu Hurairah r.a., bersabda Rasulullah SAW: "Jangan kalian banyak ketawa, kerana banyak ketawa itu mematikan hati." Rasulullah SAW juga bersabda: "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa." Sabdanya lagi: "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."
 

Hassan al-Banna juga pernah berpesan: "Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, selalunya tenang dan tenteram." Pesannya lagi: "Janganlah bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam sebarang perkara. Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya."
 
 

Seorang Hukama pernah bersyair: "Aku hairan dan pelik, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan." Golongan salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
 

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur: "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."
 
# Just Smile. mission complete :) Senyum juga Sunnah kannnnn :)