ahli syurga, insyaAllah :)

Sunday 22 April 2012

maksud surah Al fatihah


بسم الله الرحمن الرحيم


surah ini penghulu segala surah, surah yg paling mudah utk dihafal dan difahami. surah yg wajib dibaca dalam solat, surah utk mereka yg telah pergi jua yg masih hidup.
Allah telah mencipta 7 lapisan bumi dan 7 lapisan langit. dan sesungguhnya surah ini mengandungi 7 ayat utk kita hayati. subhanalllah

1)  Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6) Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

p/s : semoga surah ini menjadi pedoman hidup kita didunia dan penyejuk di sana kelak. amin

al Fatihah jua buat mereka yg telah pergi.

No comments:

Post a Comment