ahli syurga, insyaAllah :)

Monday, 25 June 2012

Cinta di Jalan Allah SWT :')

بسم الله الرحمن الرحيم


Malam ini ku rasakan teramat dingin.
Sejuk dilambai semilir angin cinta yang membuai hati dan perasaanku.
Tentu mereka yang sedang menarik beg dengan kepayahan yang amat di tubuh dan wajah sedang merasainya juga.
Sungguh menatap wajah mereka terakhir kali di tanah subur ini mengulum rindu yang bakal dirasai oleh jiwaku ini.
Inikah dia cinta di atas jalanMu Ya Allah?


Adikku,
Sungguh indah memori kita bersama sepanjang perjalanan kita bersama meniti hari-hari penuh cabaran namun tentu menggembirakan hati kita.
Dan setiap kali aku melihat wajahmu, qaidah sulbah, liqa kiter serta anak binaan mereka, aku melihat kamu semua sudah menjadi wanita, al-ukht yang teramat dewasa dan matang (..dan tentu anggun di pandang mata).
Seperti mana adik-adikmu mengkagumimu, begitu juga aku.
Dan aku bersyukur Allah menemukan kita, dalam detik-detik yang telah disusun atur oleh-Nya. Alhamdulillah ya Rabb.
Entah tulisanku menggambarkan perasaan yang aku ada sekarang..
Namun teringatku pada sebuah ayat yang kita baca bersama di satu pagi :
Muhammad itu adalah rasul Allah. Orang yang bersama dengannya adalah keras dengan orang kafir dan amat berkasih sayang sesama mereka.
Dan aku terfikir, adakah ini nikmatnya berada di atas ruh ini. Ruh yang mengimpikan satu matlamat yang sama, iaitu kita sama-sama nak masuk syurga Allah dan dapat redha Allah itu?
Sebab selepas menyedari muqaddimah zilal, muntalaq, seterusnya tafsir yang menggegar jantung kita dan menaikkan bulu roma kita, kita benar-benar sedar tanggungjawab yang besar yang jatuh di atas bahu kita.
.. dan kita tahu bahawa satu-satunya cara untuk menuju syurga Allah, bukan sekadar solat, puasa, haji dan bayar zakat sahaja!
Bukan itu!
Tetapi yang memasukkan kita ke dalam syurga adalah bila kita jual diri dan harta kita diatas jalan dakwah ini. Bila kita serahkan keseluruhan diri kita kepada Allah. [At-taubah : 111]


Maka kita korbankan semuanya untuk itu. Untuk dapatkan redha Allah itu walaupun terpaksa mengorbankan perasaan kita. Perasaan sayangkan duit dan kerehatan kita.
Dan kerana pengorbanan dan matlamat kita itu sama, kita bersatu, bagaikan satu simpulan tali utuh yang digari, tanpa kita dapat fahami maknanya pun.
Walaupun aku tak tahu tarikh lahirmu, dan kau tak tahu tarikh lahirku,
Walaupun aku tak kenal seluruh keluargamu, begitu juga kamu,
Walaupun aku tak tahu makanan dan warna kegemaranmu.. (begitu juga kamu)
But do they all matter?
Benda itu simple di mata kita kerana tautan hati itu adalah kerana dakwah yang kita pikul ini.
Dan rasa hati inilah yang membahagiakan diriku, memandikan hatiku dengan embunan dingin yang menyapu karat dosaku.
Dan aku rasai kebasahan itu pada cintamu padaku, begitu juga aku padamu.
Sungguh mata ini cuma bersua denganmu mungkin hanya 3 kali sahaja semenjak 3 tahun lepas... (ermmm melampaulah itu kan, ok, adalah 5 kali, but still!!)
Dan sungguh mata ini bertemu dengan wajah yang tidak pernah terbayang di balik hati ini, namun aku tahu kau tetap setia membaca setiap bait kata dalam wadah ini, mencari sesuatu buat hatimu.
Sungguh aku teramat gembira bertemumu sehingga air mataku berguguran di saat kau tidak nampak airnya menyapu wajahku.
Sungguh dalam cintaku kepadamu kerana Allah duhai adikku. Dan sungguh kamu banyak menyentuh jiwaku dengan keikhlasan penuh mulus pada jalan ini hingga aku malu pada diriku sendiri.


Aku melihat air matamu wahai adikku, dan mahu aku menyapunya selama-lamanya dalam hidupmu.
Baru aku fahami jiwamu itu yang mahu merangkul tubuh seorang murabbi yang sentiasa dapat membimbing dirinya. Kau mahu seseorang yang sentiasa menunjukimu jalan ini.
Namun kita sama-sama akui dan redhai yang Allah meletakkan kita sesuai pada keadaan kita walaupun kita sering mengkhayalkan perkara yang berbeza di dalam mimpi kita.
Namun Allah menjadikan dirimu kuat dan tegar di saat dikau tiada siapa yang dapat memimpin tanganmu di jalan ini.
Dan allah menjadikan ukhuwah ini indah dan penghargaan kepada cinta ini amat bermakna kerana hubungan hati yang tidak dimengerti ini. Sungguh rindu kita bertaut pada pertemuan ini dan rindu itu akan terus menjadi lagu kita sepanjang masa sehinggalah di satu saat Allah menakdirkannnya



Sungguh banyak ku belajar dari mu di waktu yang tentu panjang namun pendek ini.
Dan tentu aku berdoa agar kita sama-sama meraih sesuatu yang mengghairahkan dan mampu meangkat kita menjadi lebih baik dari keadaan yang kita lalui dahulu.
Kita sama-sama merasai sesuatu perlu kita laksanakan dalam diri kita. Kita sama-sama merasai anjakan diri ini perlu melalui fasa yang baru. Perlu berubah, perlu transformasi perlu menjadi orang baru!
Kitalah yang menjadi kunci kepada perubahan diri kita sendiri. Tiada yang lain.
Jika kamu bertemu denganku pada beberapa detik yang lalu, mesti kau memahami apa yang mahu kunukilkan. Jika tidak, mungkin suatu hari aku akan bercerita lagi..
Ya muqaalibal qulub tsbabit qalbi ala diinik

Pada dingin malam yang syahdu ini, sungguh aku merasai indahnya cinta di jalan Allah ini. Umpama siraman air terjun yang sedang mendinginkan badan yang kepeluhan, mendamaikan dan menenangkan hati yang sentiasa berada di bawah siramannya.

# cinta aturan Allah itu tersangat sangat indahhhhhhhh. Subhanallah
 

Thursday, 21 June 2012

Rejab pergi dengan ketibaan Syaaban :')




بسم الله الرحمن الرحيم

 
Rejab seperti angin yang mula bertiup, Sya'aban seperti sekumpulan awan hitam bergumpalan dan Ramadan adalah seperti titisan air hujan yang menurunkan seribu rahmat. ♥ 


Alhamdulillah bertemu dgn bulan Syaaban iaitu bulan Rasulullah SAW dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan. 

Rasulullah SAW bersabda :”Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.”

 kelebihan amalan di bulan Syaaban :
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2.  Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

# sesungguhnya Allah tidak berlengah pada mereka yg berbuat kebaikan. berbuat baiklah dgn amalan yg diredhaiNya. inshaAllah. Allah itu sangat besar perhitungannya. Allahuakbar!

 


Tuesday, 19 June 2012

Muslimat Pencetus Muslimin Bertaqwa ?

بسم الله الرحمن الرحيم
"Wanita yang secekal Asiyah dan Mariam selayaknya diangkat darjatnya di akhirat. Bayangkan apa yang berlaku dengan kecekalan dan sikap kuat beribadat yang ada pada Mariam? Akhirnya dari perutnya lahirlah seorang Nabi yang bakal meneruskan mata rantai perjuangan dakwah di bumi Allah."

Beberapa orang bertanya pada saya, "Apa yang imtiaz maksudkan dengan Muslimat pencetus muslimin bertaqwa?" Ada yang tertanya-tanya. Tapi semuanya hakikat.


Wanita itu punya kelembutan yang dikurniakan oleh Allah SWT.Oleh itu, pilihlah jalan berdasarkan akal untuk menggunakan kelembutan dan kasih sayang yang ada. Sama ada untuk melentur buluh mahupun mengeraskan besi sedia ada.


Percaya atau tidak, wanita lebih berkuasa dalam mendidik?
Wanita punya kuasa besar dalam memupuk sifat positif dalam diri kanak-kanak mahupun dewasa. Tapi sejauh manakah mereka menggunakan kuasa dan kelebihan ini kearah mardhatillah.


Asiyah zaujah Firaun, isteri Firaun. Rata-rata sudah mengenal Asiyah isteri si kejam yang berperangai syaitan iaitu firaun. Walaupun Asiyah bukanlah orang yang berjaya melentur firaun supaya menjadi manusia yang beriman dan taat pada Allah.
Tetapi atas kuasa wanitanya beliau mampu memujuk Firaun supaya menerima Nabi Musa sebagai anak angkat. Sedangkan semua tahu pada waktu itu, semua kanak-kanak lelaki akan dibunuh sebaik sahaja dilahirkan kerana salah seorang ahli nujumnya bermimpi kerajaan gah Firaun akan jatuh ditangan seorang lelaki pada masa hadapan.


(Dengan izinAllah) Mariam ibu nabi Isa, sejarah menyaksikan bagaimana kecekalan seorang wanita menerima takdir Allah yang meniupkan roh seorang nabi ke dalam rahimnya walaupun beliau tidak pernah disentuh mana-mana lelaki sekalipun. Tapi apakah yang berlaku ketika Malaikat Jibril turun kebumi menemuinya di Mihrab tempat beliau beribadat?
Beliau terima seadanya akan ujian dan takdir Allah buat kehidupannya. Anda fikir sejenak.. bagaimana beliau mendapat kekuatan untuk menerima takdir itu? Tidak lain dan tidak bukan hasil dan kesan kepercayaan penuh yang diberikan dirinya kepada Allah!


Zulaikha yang menggoda Nabi Yusuf. Masih ingat akan kisah yang diangkat darjatnya disisi Allah ini sehingga dinukilkan didalam Al-Quran kalamullah supaya menjadi pengajaran buat umat manusia?
Ya benar, Zulaikha isteri perdana menteri Mesir satu ketika dahulu nan cantik rupawan yang jatuh hati pada Nabi Yusuf yang mempunyai pakej lengkap seorang pemuda yang tampan lagi beriman.
Sehinggalah satu hari Zulaikha telah merayu Yusuf untuk melakukan perkara yang terkutuk disisi Allah. Yusuf yang mempunyai tingkat darjat taqwa yang tinggi disisi Allah telah menolak ajakan keji itu.


Baiklah , jadi untuk apa saya nukikan kembali kisah diatas disini? Adakah saya mahu memberitahu anda bahawa wanita-wanita diatas merupakan mereka-mereka yang ditulis namanya didalam AL Quran?
Tentu tidak! Lihat kembali kisah di atas. Dua kisah wanita beriman yang takutkan Allah dan 1 wanita yang berani membelakangi Allah dan berniat melakukan perkara yang hina disisi Allah.
Analisisnya mudah, semua wanita diberi kuasa dalam menilai samada perkara tersebut baik atau buruk buat dirinya.


Tetapi, apa yang ingin saya simpulkan berdasarkan kisah-kisah diatas adalah berkenaan wanita mempunyai kuasa yang hebat dalam melakukan sesuatu perkara tidak kira perkara positif atau negatif. Wanita yang secekal Asiyah dan Mariam selayaknya diangkat darjatnya diakhirat.
Bayangkan apa yang berlaku dengan kecekalan dan sikap kuat beribadat yang dilakukan Mariam? Akhirnya dari perutnya lahirlah seorang Nabi yang bakal meneruskan mata rantai perjuangan dakwah di bumi Allah.
Sangat perlu untuk kita lihat perkara ini sebagai satu penghormatan buat Mariam yakni wanita yang hidupnya hanya untuk Allah!
Kembali kepada Zulaikha isteri perdana menteri mesir satu ketika dahulu yang telah nekad melakukan perbuatan terkutuk bersama Yusuf tapi ditolak mentah-mentah oleh si pemuda berpakej iman dan akhlak itu.
Ya, masih lagi berkisarkan seorang wanita. Tapi bukan pada jalan kebaikan bahkan kejahatan.Adakah pada waktu itu Zulaikha tidak dikurniakan aqal untuk berfikir? Tentu tidak! Tetapi atas dorongan nafsu beiau terpedaya dengan ajakan syaitan yang dilaknat Allah.


Nah, terang bukan bahawa wanita itu merupakan pencetus kepada muslimin bertaqwa mahupun bukan. Jika si Ibu merupakan seorang pejuang, maka tak lain zuriat yang dilahirkan bakal menjadi seoang pejuang juga.
Tetapi jika siibu memilih jalan terkutuk untukmeneruskan kehidupan maka belum tentu anak yang dilahirkan itu bakal menjadi manusia yang berakhlak mulia ( dengan izin Allah).
Bentuklah akhlakmu semulia Mariam dan Asiyah sebelum kamu memberi pelajaran kepada orang lain.

# Oleh itu wanita diluar sana... pilihlah jalan hidup anda secara berhati-hati! Jalan dan terhantuk baru nak terngadah. insyaAllah, it will be fine :)


Monday, 18 June 2012

peristiwa ISRAK MIKRAJ :')

بسم الله الرحمن الرحيم
ISRAK MIKRAJ berlaku dalam bulan Rejab (27 Rejab). Dimana solat yang merupakan satu-satunya amalan yg Allah wahyukan kepada Rasulullah SAW secara terus tanpa malaikat sebagai perantara telah terjadi pada malam Israk Mikraj. Rasulullah SAW telah diISRAKkan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta diMIKRAJkan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk menghadap Allah S.W.T & meminta kepada Allah agar solat 50 waktu menjadi 5 waktu sahaja utk difardukan ke atas umat Islam.
 Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

gambar di atas adalah kronologi ISRAK MIKRAJ :)

# kerjakanlah solat, hargailah jasa Rasulullah yg meminta kepada Allah utk mengurangi 50 waktu kpd 5 waktu sahaja. terima kasih ya Rasulullah SAW.