ahli syurga, insyaAllah :)

Tuesday, 31 July 2012

Kesan Bergayut Khas Buatmu Remaja :)

 بسم الله الرحمن الرحيم



Perbuatan ini secara terang lagi bersuluh, memang sah membawa kepada kerugian, dari segi masa dan harta. Selain itu, ia juga mampu membawa kepada perbualan yg haram dan ini lah yg sering berlaku pada masa ini. To be honest, dulu saya pun tukang gayut juga, hehehehe  dan setelah menyedarinya, saya ingin sampaikan keburukannya buat sahabat saya yg saya ingin bertemunya di syurga. Aminn ya Rabbb


Melihat pada pandangan Islam, pada Hari Kiamat kelak, manusia akan ditanya mengenai hartanya, dari mana dia mendapatkannya dan digunakannya utk apa? Adakah dia mendapatkannya dari usaha yg halal dan menggunakannya dengan cara yg betul. Bersama kita renungkan ya sahabat-sahabatku.


Seorang ulama berkata, “ ada dua musibah yg belum pernah didengar oleh org zaman dahulu sehingga sekarang, iaitu tentang harta seorang hamba yg seluruhnya akan diambil dan diminta darinya. Bahayanya akan semakin membesar, apabila harta ini digunakan dlm membincangkan tentang aib org lain dan utk menghasut, atau perbincangan yg tidak berguna dan tidak pula member kesan apa-apa. Maksudnya tidak diniatkan pada Allah SWT sama sekali. Ini adalah siksa dunia, sedangkan siksa di akhirat, “ Sesungguhnya, siksa akhirat itu lebih amat berat.”
 


Rasulullah SAW juga pernah bersabda, “ Bukankah manusia masuk ke dalam neraka hanya lantaran hasil dan lisan mereka?” dan ulama juga pernah mengatakan, “ Wahai lisan, katakanlah kebaikan atau tahanlah dirimu dari keburukan, maka kamu selamat sebelum kamu sempat menyesal.”
 


Di sini, saya ingin selitkan firman Allah SWT buat perhatian kita sebelum melakukan sesuatu, “Tidak ada sebarang perkataan yg dilafazkannya ( atau perbuatan yg dilakukannya ) melainkan ada disisinya malaikat pengawas yg sentiasa sedia ( menerima dan menulisnya )” SURAH QAF : 18 
 


Bercerita tentang membuang masa, jika kita tahu perbelanjaan yg kita laburkan utk perbualan yg mengandungi keburukan atau tidak ada kebaikan padanya, memang tidak ada yg lebih buruk dari tindakan bodoh ini, maka yg lebih buruk dari itu adalah membuang masa dan nafas dlm bercakap tanpa ada gunanya.  
 


Hasan Al-Basri mengatakan, “ Wahai manusia, buku catatan telah dibentangkan bagimu dan dua malaikat yg mulia ditugaskan kepadamu utk mencatat amalmu. Maka lakukanlah sesuka hatimu, sedikit ataupun banyak”. Dan Amru bin As r.a juga pernah mengatakan, “ Perbualan itu seperti ubat. Jika kamu menyedikitkannya, maka ia bermanfaat. Sebaliknya, jika kamu memperbanyakkannya, maka ia mematikan.”
 


Dan di sini, saya ingin selitkan kata-kata hikmah dari oran-orang bijak :-
Indikasi kecerdikan seseorang adalah kata-katanya, sedangkan indikasi watak aslinya adalah perbuatannya.
Jika akal sempurna, maka berkuranganlah dalam bercakap.
Siapa yg banyak bercakap, maka banyak pula celanya.
Dengan banyak diam, maka kewibawaan pun diperolehi.
Keselamatan manusia terletak dalam menjaga lisannya.


Tambahan nasihat:  orang yg cerewet, baik lelaki mahupun wanita, hendaklah takut pada Allah SWT. Mereka menghabiskan masa berbual melalui  telefon tanpa ada manfaatnya. Sesungguhnya Allah membenci kata-kata yg tidak mempunyai asas ( desas-desus ), banyak bertanya dan mensia-siakan harta.
 


Selain itu, apa yg paling ketara dalam masyarakat kita adalah kita sering menggunakan perkataan “helo” sebagai pembuka kata. Padahal sebagai orang Islam, kita mempunyai ucapan salam penghormatan iaitu ASSALAMUALAIKUM. Perkataan “helo” berasal dari bahasa asing dan tidak sesuai menjadi pengganti salam penghormatan dlm Islam. Mula memberi salam adalah sunnah, sedangkan menjawabnya adalah wajib. Sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda , “ Hak seorang muslim atas muslim lain ada enam. “ Rasulullah SAW menyebutkan di antaranya adalah salam. Lalu, Rasulullah SAW bersabda, ‘ Jika kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam kepadanya. “
 


Salam adalah penghormatan Islam dan Salam adalah hak muslim ke atas muslim yg lain. Manfaat lain, dengan menyebarkan nama Allah SWT iaitu As-salam, dapat menghasilkan kebaikan dan keutamaan. Rasulullah SAW bersabda, “ Wahai umat manusia, sebarkanlah salam, berikan makanan dan tunaikanlah solat malam semasa orang tidur, maka kamu semua masuk syurga dengan selamat”.


# Tujuan artikel ini hanyalah sebagai langkah berhati-hati buat kita semua dan menutup pintu syahwat bagi orang yg lemah hatinya. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT 

Monday, 30 July 2012

Untukmu Adam, Buatmu Hawa :)

بسم الله الرحمن الرحيم
 
 
Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.


Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.


Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.



Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.


Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.



Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.



Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.


Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.


Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...


Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.



Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.



Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.


Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

# be the best Adam. be the best Hawa. :)) insyaAllah..

Sunday, 29 July 2012

Muslimah Vs Putus Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم
 
 
Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam.


 Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.


Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend' sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.


 Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.


Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.


TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:
1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.


Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."
Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

# Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.

 

Thursday, 26 July 2012

Ramadhan Kareem :') Alhamdulillah dipertemukan.


بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah, syukur pada Allah bagi kesempatan buat kita utk Ramadhan kali ini. sama-sama kita mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna :') di sini, saya teringin mahu share all about Ramadhan. because I love Ramadhan so so so much. hee, my love one bahhh. :)))



Definisi Puasa menurut bahasa adalah pengekangan/penahanan diri. Sedangkan menurut syara’ ialah pengekangan yang khusus, iaitu pengekangan/penahanan diri dari makan dan minum serta jima’/hubungan seksual dan selainnya sesuai dengan yang telah dijelaskan oleh agama selama siang hari menurut cara yang disyariatkan. manakala Ramadhan pula berasal dari bahasa Arab, diartikan kepada teriknya sinar matahari, karena di dalam bulan Ramadhan harus menahan dengan sabar dari makan minum dan menyantap segala jenis makanan, sedangkan melaksanakan perintah –perintah Allah menimbulkan suatu suhu panas dan terik. Rasa panas dan terik itulah yang menimbulkan Ramadhan.


tapi kita dari time sekola-sekolah memang sudah di ajar puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan niat :)



cerita pasal niat, di bawah saya sertakan niat dengan doa-doa sekali. manalah tau lupa-lupa ingat kan, hehe. kita kan manusia, mudah lupa. human being, bukan being human :DD apakahh?


dan antara perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah :
a)      makan dan minum dengan sengaja
b)      mengeluarkan air mani dengan sengaja
c)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e)      melakukan persetubuhan
f)        gila walaupun sebentar
g)      murtad
h)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib



  dan ini pula perkara yang tidak membatalkan puasa, yg selalu kita was-waskan :
a)      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b)      Bersuntik
c)      Tidur walaupun sepanjang hari
d)      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e)      Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja



  kalau perkara makruh yg ni pula :
a)      berkumur-kumur dengan keterlaluan
b)      merasa makanan dengan lidah
c)      bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d)      memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e)      gosok gigi setelah gelincir matahari
f)        mencium isteri/ suami
g)      menderma darah



selain dari pahala puasa, kita boleh raih banyak lagi pahala sunnah dengan mengekalkan amalan puasa yg wajib dahlu. mahu buat yg sunnah, kena perfect wajib dulu, kan. usahakan bersama ya sahabat :) inshaAllah, amalan kita diterima disisiNya, aminn
antaranya:

a)      membanyakkan membaca al-Quran
b)      mandi junub sebelum fajar
c)      melewatkan sahur waktu imsak
d)      berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e)      membanyakkan sedekah
f)        solat terawih
g)      segera berbuka bila masuk waktu
h)  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.


sekian, ini sahaja yg mampu di kongsikan buat masa ini :) semoga bermanfaat ya. banyakkan ibadah. more pray, less sleep. Ramadhan Kareem :)

#  Rasulullah saw bersabda " apabila datangnya Ramadhan dibuka segala pintu - pintu syurga, ditutup segala pintu - pintu neraka dan diikat segala syaitan"
- hadith Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi 

Alhamdulilllah :))))))))))