ahli syurga, insyaAllah :)

Thursday, 5 July 2012

Salam Nisfu Syaaban

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Nisfu Syaaban :,) 15 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan. kalau Rejab bulan Allah SWT, Syaaban pula bulan Rasulullah SAW, dan Ramadhan ialah bulan kita. bulan yg paling kita nanti-nantikan. pejam celik, Ramadhan sudah dekat. jadi, kepada yang belum ganti puasa, masa kecederaan sudah ni, jangan tunggu lama-lama. hehe ^____^

semoga diberi kesempatan, aminn ya Rabb. Tarikh 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai tarikh malam Nisfu Syaaban yang malamnya ada banyak kelebihannya.

antara dalil dalil yang menyatakan tentang Nisfu Syaaban ialah :


Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya"


“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

firman Allah. "Pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar"

Rasulullah saw telah bersabda: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar."


Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.”

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb."

# Pada bulan Syaaban. kita selalu digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, beristighfar dan melakukan solat sunat. Kemudian mohonlah doa supaya diampunkan segala dosa, ditutup sebarang keaiban, dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala kesusahan. inshaAllah, Allah itu Maha Pengasih & Penyayang :') dan Maha Mendengar doa-doa hambanya.

 

Kepentingan & Kelebihan Surah Al-Kahfi

بسم الله الرحمن الرحيم


Setiap kali tiba malam Jumaat, adat melayu kita selalunya baca surah Yassin. tapi sebenarnya kalau mengikut sunnah Rasulullah SAW, kita digalakkan baca surah Al-Kahfi. Kalau mahu baca surah Yassin pun tidak salah, tap kan lebih baik kalau kita ikut sunnah Rasulullah SAW :) sebenarnya, saya pun baru tahu. jadi, tidak salah rasanya saya kongsi untuk tambahkan amalan kita bersama. inshaAllah, semoga amalan kita diterima. aminn


kalau mahu jadi pembaca Al-Quran yang bijak, bukan sekadar mengetahui tentang tuntutan membacanya mengikut sunnah atau mementingkan kuantiti bacaan harian atau mingguannya & mementingkan perincian kisah-kisah yang terkandung di dalamnya. Justeru, kemampuan pembaca untuk menelusuri ibrah disebalik kisah yang menjadikan mereka mampu menjadi orang yang bijak berinteraksi dengan Al-Quran.

Firman Allah SWT: Demi sesungguhnya, kisah nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (kisah nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Yusuf:111)

Surah Al-Kahfi meceritakan kisah-kisah yang menarik untuk dibaca dan dibincang perinciannya, setiap darinya melambangkan keperluan menjadikan IMAN dan TAWHID sebagai dasar dalam segala aktiviti keduniaan manusia. Surah ini juga memberi panduan kepada orang yang beriman, cara untuk membuat pilihan dan keputusan yang betul kerana hakikat kehidupan manusia di dunia ini adalah tentang membuat keputusan yang betul. Apa maksud membuat keputusan yang betul?


jom kita baca kisah-kisah dlm surah ini:


1. Kisah Ashabul Kahfi: Antara kesempitan gua dan keluasan, kemewahan dunia demi menyelamatkan iman. Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".(Al-Kahfi:16)

[ Kisah inilah yang menjadi tajuk utama perbahasan surah hingga darinya, nama surah ini berasal, ia mengisahkan bagaimana sekumpulan pemuda yang bersembunyi ke dalam gua untuk mempertahankan iman mereka dari digugat oleh kezaliman raja. ]



2. Kisah Pemilik Dua Kebun: Antara kufur dan syukur dengan kenikmatan dunia. Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku. Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu (Al-Kahfi:37-39)

[ Kisah 2 pemuda pemilik ladang tanaman. Cerita menarik perbualan kedua mereka, ia mengisahkan bagaimana sikap takbur, lupa diri dan kufur nikmat boleh menghancurkan kejayaan yang bertahun-tahun dibina ]


3. Kisah Nabi Musa dan Khidir: Antara menuruti fikiran manusia dan mematuhi kehendak Allah SWT. Berkata Khidir kepada Nabi Musa: Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".(Al-Kahfi:82)

[ Kisah inspirasi pertembungan 2 intelektual : Nabi Musa dan Nabi Khidir, memperihalkan bagaimana Nabi Musa diajar dengan ilmu ‘laduni’ dari Khidir yang jauh lebih bijaksana darinya. ]

4. Kisah Zulqarnain: Antara amanah dan khianah dengan kekuasaan. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Al-Kahfi:98)

[ Kisah Zulkarnain, Raja agung misteri. Dinyatakan bagaimana raja penakluk timur barat ini berjaya mengepung & seterusnya menghalang kemaraan makhluk paling ditakuti iaitu ‘Ya’juj & Ma’juj’ ]


Ibrah dari Al-Kahfi membuat kita berfikir sebelum keputusan dibuat dgn mindset 'apa yang ALLAH SWT hendak aku buat?' bukan 'apa yang aku hendak buat?' Bukan juga, 'apa yang orang lain hendak aku buat?' biarlah setiap aktiviti kita dipengaruhi IMAN dan TAUHID dan InshaAllah setiap aktiviti ...tersebut tidak menjadi sia-sia di sisi Allah SWT. ^_^


# Katakanlah: "Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling kerugian amal perbuatannya?"Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. (Al-Kahfi: 103-104)




Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadits-hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya :

Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .


Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)


Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. ( H.R Hakim didalam Mustadrak)


Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.


# marilah bersama-sama menghidupkan salah satu sunnah Rasulullah SAW ini. :') tanda cinta kita ^_^

Monday, 2 July 2012

ARWA BINTI KURAIZ

بسم الله الرحمن الرحيم

ARWA BINTI KURAIZ adalah ibu kepada Khalifah Usman bin Affan. Dia berkahwin dengan Affan bin Abi al-Ash dan mendapat dua cahaya mata iaitu Usman dan Aminah. Dia adalah srikandi yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain.



Selepas dia kehilangan suaminya (Affan), dia dilamar oleh Uqbah bin Abu Muith. Perkahwinan mereka mendapat enam cahaya mata iaitu Wahid, Imarah, Khalid, Ummu Kalsum, Ummu Hakim dan Hindun.


Dia ibu yang baik dan juga srikandi yang memainkan peranan penting semasa Usman mahu memeluk agama Islam. Namun, suaminya (Uqbah) sangat benci kepada Nabi Muhammad dan orang Islam. Apabila Uqbah mendapat tahu Usman sudah berjinak-jinak dengan agama Islam, dia menjadi semakin marah dan bertemu Arwa.


"Awak tahukah apa yang anak awak lakukan sekarang?" tanya Uqbah kepada Arwa.


"Mengapa awak tanya begitu? Apakah kesalahan yang Usman lakukan kepada awak?" tanya Arwa pula.


Suami menjawab dengan pantas, "Untuk pengetahuan awak, Usman sekarang sudah besar kepala. Dia tidak hiraukan nasihat saya lagi. Usman sedang sibuk dengan agam Islam. Dia cuba mempermainkan agama nenek moyang kita".


Arwa hanya mendengar cerita suaminya, Kemudian suaminya berkata lagi, "Awak tidak malukah dengan perangai Usman itu? Anak awak sibuk membantu Nabi Muhammad menyebarkan agama Islam. Awak tidak malukah anak awak memuji dan mengagung-agungkan Nabi Muhammad dan agama Islam?"


Lantas Arwa menjawab pertanyaan suaminya, "Mengapa saya hendak malu dengan anak saya. Usman buat perkara baik. Nabi Muhammad mengajar dia perkara yang baik-baik".


Uqbah meluat mendengar Arwa memuji Nabi Muhammad dan agama Islam. Arwa berkata lagi, "Usman adalah anak yang baik. Dia tidak pernah melawan dan membantah kata-kata saya. Sejak dia mengikut ajaran Nabi Muhammad, sikapnya menjadi semakin baik. Biarkan dia mengikut Nabi Muhammad. Saya juga suka dengan cara Nabi Muhammad".


Uqbah naik berang lalu berkata: "Awak memang degil. Awak sengaja biarkan anak awak rapat dengan Nabi Muhammad. Saya tidak akan beri sebarang pertolongan kepada awak sekiranya Nabi Muhammad dan pengikutnya mengapa-apakan awak".


"Tidak mengapa Uqbah. Saya yakin Nabi Muhammad itu baik hati," kara Arwa pula.


Uqbah menjadi semakin marah, lalu meninggalkan Arwa sendirian. Kemudian, Usman pulang ke rumah. Dia melihat wajah ibunya. Arwa pun menghampiri anaknya.


Arwa pun berkata, "Bapa tiri awak sudah tahu awak bergiat aktif dengan agama Islam. Awak jangan bimbang, ibu akan cuba pertahankan awak daripada diapa-apakan oleh bapa tiri awak itu".


Pada masa itu, Arwa dan suaminya belum memeluk agama Islam. Mereka masih menganut agama nenek moyang mereka. Usman begitu gembira mendengar ibunya menyokong kuat penglibatannya dalam agama Islam.


Usman pun berkata kepada ibunya, "Wahai ibu yang saya sayangi, marilah sama-sama kita menerima agama Islam. Islam adalah agama yang baik dan benar. Ibu akan selamat di dunia dan di akhirat apabila ibu menjadi Islam".


Arwa begitu terharu mendengar penjelasan anal lelakinya itu. Kemudian, dia berkata kepada anaknya, "Wahai Usman, ibu bangga dengan diri awak. Ibu juga tertarik dengan agama Islam. Mulai pada hari ini, ibu mahu menjadi orang Islam."


Usman begitu gembira mendengar berita daripada ibunya itu. Arwa kemudiannya berjumpa Nabi Muhammad dan memberitahu kepadanya tentang niatnya itu. Arwa mengucap dua kalimah syahadah dan sah menjadi seorang Islam.



Setelah itu, Arwa berhijrah ke Madinah. Anak perempuannya yang bernama Ummu Kalsum juga memeluk Islam dan berhijrah ke Madinah. Menurut sejarah Islam, semasa Perang Badar, Uqbah ditawan lalu dibunuh oleh tentera Islam.


Arwa begitu bertuah kerana menjadi ibu kepada Usman bin Affan. Dia begitu dihormati oleh Nabi Muhammad. Dia adalah ibu mentua yang baik kepada puteri Nabi Muhammad iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalsum.


Arwa meninggal dunia ketika umurnya 90 tahun iaitu pada tahun 5 Hijrah. Usman begitu sedih dengan kematiannya.


Usman bersembahyang di masjid sendirian. Semasa dia bersujud, dia berdoa kepada Allah,

 "Ya Allah, ampunilah dosa ibu saya. Saya begitu sayang kepada ibu. Ya Allah, kasihanilah dan sayangilah ibu saya. Tempatkan ibu saya dalam golongan orang yang baik-baik".

# Srikandi Islam dalam konteks keibuan. inshaAllah, saya mahu jadi seperti dia pada anak-anak saya kelak. aminnnn :')
 

Sunday, 1 July 2012

LillahiTaala, all for Allah :') kembali ke Poli.

بسم الله الرحمن الرحيم


kurang 10 hari lagi dah tiba laaa masanya utk kembali STUDY ke Politeknik Kota Kinabalu yg agak dirindui. walaupun rasa berat hati mau berjauhan dgn family sekali lagi utk Ramadhan tahun ini. aku kuatkan semangat kerana hidupku, matiku, dan amal ibadatku LILLAHITAALA, baru dpt pahalaaa kawan-kawan :)


semoga Allah permudahkan perjalanan semester kali ini dan seterusnya, aminn. buat kawan-kawan seperjuangan, tabah yaa. hehe. sahur & berbuka apa adanya. inshaAllah. bersyukur :') sebab Allah pertemukan kita dgn Ramadhan, dgn izinNya, inshaAllah.

 # apapun TAJDIDkan niat semula. STUDY kerana ALLAH. :)