بسم الله الرحمن الرحيم
Sahabat,
Kita punya satu tujuan..
Mardhatillah :’)
Ya, redha Allah!
Restu Allah,
Jua Rahmat Allah..
Sahabat,
Pimpin daku menuju Jannah..
Inginku bersamamu di sana..
Daerah selamanya..
Buat kita menyambung..
kasih dan cinta Fillah..
Sahabat,
Ku berdoa dan bersujud..
Dalam tahajjud kasih pada Ilahi..
Agar dapat bertemu ramai lagi..
Sepertimu….
Sahabat,
Maafkan diriku..
Jika tingkahku membuatmu terasa..
Terguris jua sedih..
Aku hanya insan biasa..
Yg mencari kesempurnaan..
Dalam persahabatan kita..
Sahabat,
Dalam senang engkau bersama..
Bila susah, kau sentiasa ada..
Perjuangan kita takkan pernah berakhir,
Selagi kemenangan agung masih dalam hijab..
Syurga? Itu tujuan!
Sahabat,
Aku ikhlaskan diriku..
Menyayangimu kerana Allah..
Mungkin dulu aku tidak mengerti..
Engkaulah yg membuatku tabah..
Dalam erti satu kata..
Ukhuwah Fillah..
Persahabatan dalam tali ikatan Kerana Allah..
p/s : ya Allah. Sesungguhnya Engkau jua yg mendengar doa hamba-hambaMu. Jadikan diriku seorang sahabat yg miliki sekeping hati utk terus mengingati dia, dan sepasang tangan utk terus mendoakan dia, Sahabat Fillah ku .. Allahumma Aamiin
No comments:
Post a Comment