ahli syurga, insyaAllah :)

Tuesday, 31 July 2012

Kesan Bergayut Khas Buatmu Remaja :)

 بسم الله الرحمن الرحيم



Perbuatan ini secara terang lagi bersuluh, memang sah membawa kepada kerugian, dari segi masa dan harta. Selain itu, ia juga mampu membawa kepada perbualan yg haram dan ini lah yg sering berlaku pada masa ini. To be honest, dulu saya pun tukang gayut juga, hehehehe  dan setelah menyedarinya, saya ingin sampaikan keburukannya buat sahabat saya yg saya ingin bertemunya di syurga. Aminn ya Rabbb


Melihat pada pandangan Islam, pada Hari Kiamat kelak, manusia akan ditanya mengenai hartanya, dari mana dia mendapatkannya dan digunakannya utk apa? Adakah dia mendapatkannya dari usaha yg halal dan menggunakannya dengan cara yg betul. Bersama kita renungkan ya sahabat-sahabatku.


Seorang ulama berkata, “ ada dua musibah yg belum pernah didengar oleh org zaman dahulu sehingga sekarang, iaitu tentang harta seorang hamba yg seluruhnya akan diambil dan diminta darinya. Bahayanya akan semakin membesar, apabila harta ini digunakan dlm membincangkan tentang aib org lain dan utk menghasut, atau perbincangan yg tidak berguna dan tidak pula member kesan apa-apa. Maksudnya tidak diniatkan pada Allah SWT sama sekali. Ini adalah siksa dunia, sedangkan siksa di akhirat, “ Sesungguhnya, siksa akhirat itu lebih amat berat.”
 


Rasulullah SAW juga pernah bersabda, “ Bukankah manusia masuk ke dalam neraka hanya lantaran hasil dan lisan mereka?” dan ulama juga pernah mengatakan, “ Wahai lisan, katakanlah kebaikan atau tahanlah dirimu dari keburukan, maka kamu selamat sebelum kamu sempat menyesal.”
 


Di sini, saya ingin selitkan firman Allah SWT buat perhatian kita sebelum melakukan sesuatu, “Tidak ada sebarang perkataan yg dilafazkannya ( atau perbuatan yg dilakukannya ) melainkan ada disisinya malaikat pengawas yg sentiasa sedia ( menerima dan menulisnya )” SURAH QAF : 18 
 


Bercerita tentang membuang masa, jika kita tahu perbelanjaan yg kita laburkan utk perbualan yg mengandungi keburukan atau tidak ada kebaikan padanya, memang tidak ada yg lebih buruk dari tindakan bodoh ini, maka yg lebih buruk dari itu adalah membuang masa dan nafas dlm bercakap tanpa ada gunanya.  
 


Hasan Al-Basri mengatakan, “ Wahai manusia, buku catatan telah dibentangkan bagimu dan dua malaikat yg mulia ditugaskan kepadamu utk mencatat amalmu. Maka lakukanlah sesuka hatimu, sedikit ataupun banyak”. Dan Amru bin As r.a juga pernah mengatakan, “ Perbualan itu seperti ubat. Jika kamu menyedikitkannya, maka ia bermanfaat. Sebaliknya, jika kamu memperbanyakkannya, maka ia mematikan.”
 


Dan di sini, saya ingin selitkan kata-kata hikmah dari oran-orang bijak :-
Indikasi kecerdikan seseorang adalah kata-katanya, sedangkan indikasi watak aslinya adalah perbuatannya.
Jika akal sempurna, maka berkuranganlah dalam bercakap.
Siapa yg banyak bercakap, maka banyak pula celanya.
Dengan banyak diam, maka kewibawaan pun diperolehi.
Keselamatan manusia terletak dalam menjaga lisannya.


Tambahan nasihat:  orang yg cerewet, baik lelaki mahupun wanita, hendaklah takut pada Allah SWT. Mereka menghabiskan masa berbual melalui  telefon tanpa ada manfaatnya. Sesungguhnya Allah membenci kata-kata yg tidak mempunyai asas ( desas-desus ), banyak bertanya dan mensia-siakan harta.
 


Selain itu, apa yg paling ketara dalam masyarakat kita adalah kita sering menggunakan perkataan “helo” sebagai pembuka kata. Padahal sebagai orang Islam, kita mempunyai ucapan salam penghormatan iaitu ASSALAMUALAIKUM. Perkataan “helo” berasal dari bahasa asing dan tidak sesuai menjadi pengganti salam penghormatan dlm Islam. Mula memberi salam adalah sunnah, sedangkan menjawabnya adalah wajib. Sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda , “ Hak seorang muslim atas muslim lain ada enam. “ Rasulullah SAW menyebutkan di antaranya adalah salam. Lalu, Rasulullah SAW bersabda, ‘ Jika kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam kepadanya. “
 


Salam adalah penghormatan Islam dan Salam adalah hak muslim ke atas muslim yg lain. Manfaat lain, dengan menyebarkan nama Allah SWT iaitu As-salam, dapat menghasilkan kebaikan dan keutamaan. Rasulullah SAW bersabda, “ Wahai umat manusia, sebarkanlah salam, berikan makanan dan tunaikanlah solat malam semasa orang tidur, maka kamu semua masuk syurga dengan selamat”.


# Tujuan artikel ini hanyalah sebagai langkah berhati-hati buat kita semua dan menutup pintu syahwat bagi orang yg lemah hatinya. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT 

No comments:

Post a Comment