بسم الله الرحمن الرحيم
Aiyokkkk, hehew. Tajuk entry kali ni mengada sikit. Yg bertahan, boleh teruskan membaca. Yg tidak, dipersilakan terus scroll utk baca entry lain. Ahahai . Sebenarnya, entry dengan tajuk ni mengingatkan saya pada seseorang. Siapa? Biarlah hanya Allah yg tahu. Biarlah tersimpan rapi. Bak kata Siti, biarlah rahsia.
Cincin? Sebenarnya mampu membuatkan org salah faham. Belum apa apa, boleh ja orang sangka kita ni sudah bertunang and sudah kahwin. Ya, ada jugakk. Jangan hairan. Pakai cincin ni sebenarnya sunnah Rasulullah SAW tapi rasanya utk para Adam ja lah, Hawa tidak.
Dulu, saya niat pakai cincin dijari manis. Supaya bila orang Nampak, orang akan sangka yg saya sudah bertunang. Hmm, sebenarnya niat tak nak diganggu ja sebenarnya. Tapi, sebenarnya, niat itu terang terang salah. Allah tidak pernah suruh kita buat macam tu kalau mahu jaga diri, banyak cara, tapi bukan dengan cara begitu, itu dikira MENIPU. Lagi menyusahkan kita dapat jodoh, lagi ada. Pengajaran buat diri saya, dan mungkin juga anda…
Dan pernah saya tertengok seorang sahabat post dalam Fb gambar cincin. Okayyy, ntah betul atau tidak dia sudah bertunang. Tapi itu okay lagi. Yg lagi teruk, buat relay engaged padahal tiada apa-apa hubungan sah. Malas mau ulas banyak-banyak, nanti ada yg terasa. Aasiif ya.
p/s: Cincin pebret : Batu bentuk hati. Cincin sah: cincin yg tersarung bila tiba masanya (lafaz sakinah). Hehe. SubhanAllah :’)